Pemasaran email kini tidak lagi asing kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang buat bisnes online. Boleh dikatakan hampir semua mereka yang buat bisnes online akan mempunyai software pemasaran email tersendiri samaada yang berbayar atau percuma. Secara zahirnya, yang berbayar sudah tentu banyak kelebihan dari segi featurenya.

Namun begitu, pemasaran email di negara Malaysia juga kurang begitu menyengat kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak begitu celik akan kepentingan email kepada seseorang. Maksud saya di sini adalah, bukan semua subscriber adalah pengguna email yang aktif. Mereka hanya sekadar isi maklumat mereka dan mereka tinggal email mereka.

Tidak mengapa. Kita abaikan saja golongan ini. Tetapi kita mesti fokus kepada golongan yang setiap menjadi subsciber kita yang aktif. Di sinilah kepentingan anda untuk mempunyai sebuah sofware pemasaran email.

 Kepentingan Pemasaran Email Dalam Bisnes

Apakah kepentingan pemasaran email dalam bisnes? Sebagai seorang pengguna tegar pemasaran email sejak lebih setahun yang lalu, saya akan kongsikan kepada anda apakah kelebihan pemasaran email dalam bisnes.

1. “Follow Up” Prospek

Dengan pemasaran email, anda boleh follow up prospek anda dengan lebih kerap. Ini bertujuan untuk memberitahu atau mention kepada mereka tentang produk anda yang telah mereka lawati sebelum ini.

Psikologi manusia biasanya tidak akan membeli pada kali pertama mereka memasuki pada sesebuah website. Tetapi mereka akan mula membeli setelah mereka di “follow up” beberapa kali untuk mendapatkan keyakinan mereka dari anda.

Namu begitu, menulis email follow up kepada prospek anda pun kena ada ilmu juga. Yang mana kena buat dan yang mana tak perlu dibuat.

2. Jualan Berulang

Secara mudah, saya berikan situasi contoh saya sendiri. Sebelum ini saya pernah membeli beberapa produk dari Lazada.com. Menyebabkan saya menjadi subscriber mereka, mereka akan menghantar email kepada saya jika ada jualan mega dan sebagainya. Secara tidak langsung, saya pun telah membelinya lagi dalam website Lazada.com disebabkan terepengaruh dengan email yang mereka hantar.

Bukankan ini dinamakan sebagai jualan berulang dari pelanggan yang sama?

3. Nampak Professional

Dalam bisnes, anda juga perlu pandai dan bijak dengan bermain psikologi pelanggan. Dengan mengunakkan kaedah pemasaran email yang betul di mana anda kumpul list dengan cara yang betul dan ada butang “unsubcribe” di dalam email anda yang dihantar, pelanggan akan percaya bahawa anda adalah seorang seller yang boleh dipercayai dan punyai integriti.

4. Simpan Database Pelanggan

Secara automatik, apabila anda menggunakan pemasaran email, anda sudahpun menyimpan database pelanggan atau prospek anda. Dengan ini, anda boleh gunakan database pelanggan anda ini untuk kegunaan di masa hadapan apabila anda ada buat bisnes baru. Caranya adalah, hanya tulis email dan hantar sahaja email kepada mereka.

5. Mudahkan Bisnes

Dengan adanya pemasaran email ini, dengan mudah ia lebih senang untuk manage bisnes anda daripada anda upah pekerja. Sebenarnya pemasaran email ini lebih kurang seperti pemasaran surat, di mana pada suatu masa dahulu penjual akan menghantar surat kepada prospek mereka untuk membina hubungan. Ini sudah tentu melambatkan kerja anda dan lihat tidak effektif.

Software Pemasaran Email Terbaik

Jika anda sudah lama terlibat dalam bisnes online, sudah tentu anda tahu akan dua nama yang gah dalam pemasaran email ini iaitu Getresponse dan juga AWeber. Ya, kedua-dua inilah software pemasaran email yang terbaik untuk anda.

Jika anda baru ingin belajar pemasaran email ini, boleh dapatkan Emelmatik.

Semoga bermanfaat untuk anda.

247 total views, 1 views today