Dengan peningkatan ekonomi hidup di Malaysia pada hari ini adalah amat sesuai jika seseorang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tidak di nafikan lagi bahawa dengan berbisneslah hanya mampu untuk menyelamatkan seseorang dari masalah ekonomi hidup.

Jika anda baru bermula atau baru nak mengenali dunia bisnes, apa yang penting adalah ilmu di dalam dada. Apa-apa saja yang anda nak buat, ilmu mesti letakkan di hadapan terlebih dahulu. Jika anda terus lakukan bisnes tanpa ilmu, tunggu masa untuk anda gagal saja.

Sebelum anda mulakan bisnes ada baiknya anda baca artikel ini terlebih dahulu. “Kenali 7 Kesilapan Usahawan Baru“. Ketujuh-tujuh kesilapan ini anda perlu tahu supaya anda dapat menghindarinya.

 1. Tidak Mempunyai Matlamat Yang Jelas

Salah satu kesilapan besar yang mungkin anda lakukan sebagai seorang usahawan yang baru adalah mempunyai matlamat yang tidak jelas untuk perniagaan anda. Menurut kajian, ramai usahawan muda hanya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan tanpa memikirkan implikasinya. Mereka bukan sahaja tidak pasti apa yang mereka mahu mencapai, tetapi juga tidak tahu bagaimana untuk mencapainya.

Sebagai seorang usahawan yang baru, ia adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa kejayaan perniagaan anda sangat bergantung kepada matlamat yang anda tetapkan . Anda perlu tahu apa yang anda mahu dalam perniagaan anda untuk dicapai dari awal lagi.

Jika matlamat anda adalah untuk menubuhkan syarikat yang besar, anda perlu bekerja keras ke arah mencapai matlamat anda. Anda mesti korbankan masa dari berseronok bersama rakan-rakan yang lain untuk seketika.

Beberapa faktor yang paling penting yang anda perlu mengambil kira semasa membuat rancangan anda termasuk:

  • Matlamat jangka panjang dan jangka panjang
  • Target Market Anda
  • Satu struktur Organisasi (Team Work)
  • Peranan dan Tanggungjawab Setiap Ahli

Ia juga sangat penting bagi anda untuk memaklumkan kepada semua ahli anda tentang matlamat yang anda inginkan untuk perniagaan. Apabila mereka mempunyai idea tentang apa yang anda bercadang untuk mencapai, mereka akan bekerja keras dan meletakkan usaha yang amat diperlukan untuk menjayakannya bersama-sama.

2. Tiada Perancangan Kewangan

Melalui pemerhatian saya sendiri baru-baru ini, kebanyakkan kawan-kawan saya yang mendapat BR1M sebanyak RM300 dan RM600 masing-masing memboros duit tersebut dengan membeli kasut berjenama, menukar telefon dan sebagainya.

Sebenarnya perkara ini adalah sangat rugi untuk diri mereka sendiri. Jika mereka mempunyai ilmu dalam perancangan kewangan, sudah tentu mereka laburkan duit tersebut di tempat yang betul.

Perancangan kewangan atau Financial Planning sebenarnya juga adalah penentu kejayaan dalam sesebuah bisnes. Perancangan kewangan perlu ada untuk memastikan duit yang masuk lebih banyak dari duit yang keluar. Jika anda tidak ada Financial Planning dalam bisnes, kemungkinan besar bisnes anda bakal menemui jalan penamatnya.

3. Cuba Buat Semua Secara Sendirian

Ia adalah sangat benar bahawa kebanyakan usahawan muda lebih suka melakukan segala-galanya dalam perniagaan mereka sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Ini adalah amat merugikan. Anda perlulah tahu bahawa menjalankan perniagaan adalah satu cabaran besar yang anda tidak boleh menghadapi sendiri. Oleh itu, anda perlu berhenti membuang masa anda untuk mencuba melakukan segala-galanya. Jangan takut untuk berkongsikan keuntungan dalam bisnes. Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan individu-individu berfikiran positif untuk memajukan bisnes anda.

Walaubagaimanapun, keburukkan dalam teamwork tetap ada. Contohnya iri hati. Oleh kerana iri hati, sesetengah orang akan cuba untuk memberi anda pandangan yang bercanggah hanya untuk menghalang anda daripada berjaya. Perkara yang terbaik untuk anda lakukan adalah dengan mengenalpasti beberapa individu yang dipercayai dan boleh membantu anda.

4. Tamak

Pengalaman ini adalah dari pengalaman diri saya sendiri. Dari awal buat bisnes, saya melakukan hampir lima bisnes secara sendirian sehinggalah saya tidak sedar saya melakukan hampir 10 bisnes salam satu-satu masa. Apa yang terjadi pada diri saya sendiri adalah hasil yang tidak berbaloi dan merasakan kerja yang tidak produktif.

Sebenarnya saya bukan tamak dan nak lakukan kesemuanya tetapi saya sedang mencari bisnes yang betul-betul sesuai dengan jiwa. Jika tujuan utama anda untuk menjadi seorang usahawan atau ahli perniagaan adalah untuk mendapatkan wang yang banyak, pasti anda akan gagal. Tamak dengan buat banyak bisnes bukanlah membantu anda mendapatkan wang dengan lebih banyak tetapi ia akan membawa anda kepada kegagalan.

Jangan sekali-kali berfikir tentang wang yang banyak dalam bisnes. Sebaliknya, cuba untuk menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain yang penting seperti bagaimana untuk berkhidmat pelanggan-pelanggan anda dengan cara yang terbaik, bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak rakan kongsi dalam perniagaan, bagaimana untuk melabur dengan bijak dan faktor-faktor penting lain yang boleh membuat perniagaan anda lebih baik pada masa depan.

5.  Ego Tidak Mahu Menuntut Ilmu Dengan Orang Lain

Saya yakin bahawa setiap manusia mempunyai ego tersendiri. Jika anda usahawan yang baru bermula, buangkan ego dalam diri anda dan jangan cuba masukkan ego anda dalam bisnes. Perkara ini akan merugikan anda sendiri.

Kerana ego anda tidak mahu belajar daripada orang lain dan tidak mahu menuntut ilmu dari orang yang telah berpengalaman dalam menjalankan bisnes. Bagi anda, lebih baik buat secara sendirian daripada habis beribu-ribu menuntut ilmu dan tidak mahu mengaku salah apa yang anda lakukan. Berhati-hati.

6. Tidak Sabar

Kebanyakkan perniagaan gagal jangan setiap tahun bukan kerana masalah kewangan tetapi kerana usahawan yang tidak sabar. Mereka mahu membuat duit dengan segera setelah perniagaan beroperasi. Tidak sabar adalah penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membunuh perniagaan dengan cara yang sangat mudah.

Sebagai seorang usahawan muda, adalah amat penting untuk anda memahami bahawa perniagaan tidak berjaya dalam sekelip mata. Ianya mengambil masa untuk perniagaan anda mengembang sikit demi sedikit. Bergantung kepada jenis perniagaan anda. Ada yang seminggu, sebulan dan mungkin setahun baru dapat hasil yang lumayan. Tumpukan apa yang ada dengan sebaik mungkin dan nikmatilah kejayaan anda nanti.

7. Lupa Membina Jenama

Jenama dalam sesebuah perniagaan adalah sangat penting. Ini adalah matlamat jangka masa panjang supaya pelanggan yang pernah menggunakan khidmat dari anda akan selalu di ingati dan dapat pula mereka ceritakan kepada rakan-rakan mereka.

Jelaskan identiti perniagaan anda dengan lebih jelas supaya lebih ramai orang dapat mengenali apa bisnes anda yang sebenarnya. Bina logo dan slogan bagi perniagaan anda supaya mudah untuk di ingati.

Keseluruhan

Bisnes merupakan salah satu pekerjaan yang paling mulia kerana Nabi kita juga pernah melakukan bisnes bersama-sama dengan isterinya, Siti Khadijah.

Ramai orang lihat bidang bisnes ini mudah, tetapi sebenarnya bidang bisnes inilah yang memerlukan pengorbanan yang besar berbanding dari pekerjaan yang lain. Kepada yang baru bermula, korbankan masa anda dari berseronok untuk seketika.

2,638 total views, 1 views today