Kelebihan Menjadi Seorang Penulis | Ada yang tanya saya. Kenapa menulis blog? Tak bosan ke? Tengok blog macam tak ada orang pun. Dari mana dapat duit? Dan bermacam-macam lagi soalan yang ditanya. [Versi dialek kelantan tetapi ditukar dalam bahasa surat]

Saya tidak menjawab panjang.

Hanya satu yang saya jawab. Jawapan yang saya berikan adalah cukup ringkas iaitu “MINAT”. Selain minat, saya sebenar ada beberapa agenda lain yang tersendiri. Salah satunya adalah saya berimpian ingin menjadi seorang penulis yang dikenali. Bukan sahaja dikenali sebagai seorang penulis blog tetapi juga seorang penulis buku.

Jadi saya perlu asah bakat dari sekarang untuk capai impian saya yang akan datang.

Apakah kelebihan menjadi seorang penulis?

1. Tingkatkan Gaya Penulisan

Dengan menjadi seorang penulis, seseorang itu dapat meningkatkan gaya penulisannya. Apabila kita sentiasa menulis, terutama sentiasa menulis dan berkongsikan sesuatu dalam blog secara tidak langsung otak kita akan sentiasa bekerja dan berfikir. Bila otak sentiasa dilatih berfikir dengan menulis, fikiran kita pun menjadi lebih pantas dan banyak idea akan dijana.

2. Menjadi Terkenal dan Berpengaruh

Cuba perhatikan di Negara Malaysia sahaja. Kebanyakkan orang yang berpengaruh, dikenali dan dikagumi, setiap daripada mereka adalah seorang penulis samaada penulis blog atau buku. Dengan menulis, orang akan kagumi hasil tulisan kita dan mengaggap kita adalah seorang yang berilmu tinggi. Siapa tak hormat orang berilmu kan ?

3. Sumber Kewangan Pasif

Menulis adalah salah satu sumber pendapatan pasif. Pernah anda beli buku di kedai buku? Pernah terfikir siapa yang menulis buku tersebut? Pernah fikir berapakah royalti yang mereka dapat setiap belian daripada anda? Katakan mereka mendapat royalti sebanyak RM1 sahaja setiap buku. Buku mereka mendapat sambutan yang meluas di pasaran dan telah dicetak sebanyak 100,000 naskah. Berapakah jumlah yang mereka dapat? Mereka akan mendapat royalti setiap kali hasil tulisan mereka dicetak dan dibeli oleh orang lain.

Bagi seorang penulis blog pula, sumber pendapatan pasif mereka adalah dari program affiliate yang mereka sertai. Selebihnya adalah datang dari program advertorial iaitu dimana ada orang ingin membuat review atau beriklan di dalam blog.

4. Kepuasan

Bagi saya menulis ini adalah satu kepuasan. Kepuasan menulis ini hanya dapat dirasai oleh seseorang penulis sahaja. Setiap daripada penulis kepuasan mereka bergantung pada diri masing-masing. Ada yang puas menulis sebab dapat sebarkan ilmu, ada yang puas sebab dapat meluahkan perasaannya melalui penulisan dan ada yang puas sebab ingin menunjukkan sesuatu kepada masyarakat bahawa hanya dialah yang berjaya itu ini. Kepuasan sebagai seorang penulis ini sungguh unik. Anda tidak akan merasai jika anda bukan seorang penulis.

5. Membuka Peluang Baru dan Meningkatkan Jualan

Chef Li seorang guru bisnes dan seorang penulis yang sangat saya kagumi. Saya mengenali beliau adalah hasil daripada buku motivasi bisnes yang beliau tulis. Membaca hasil tulisannya saya berasa begitu semangat untuk lakukan bisnes dengan bersungguh-sungguh. Beliau menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau jatuh dan bangun balik sehingga menjadi seorang jutawan.

Pada bahagian akhir, beliau ambil kesempatan mempromosikan seminar bisnes makanan beliau, ITKAU. Saya yakin, apabila seseorang begitu semangat membaca buku beliau, sudah tentu tidak ramai yang akan menolak untuk masuk ke seminarnya.

Kesimpulan

Jika anda minat menjadi seorang penulis, bermulalah dengan menulis blog dan berkongsikan ilmu secara percuma dari sekarang. Setiap manusia akan meninggalkan dunia ini. Sebelum kita kembali, tinggalkanlah hasil tulisan kita yang bermanfaat agar kita lebih bahagia di sana. Ingatlah pepatah arab yang menyebut bahawa mata pena yang menulis itu lebih tajam dari pedang.

412 total views, 1 views today