Baru-baru ini, tim wordpress telah melancarkan wordpress versi terbarunya iaitu versi 4.7 di mana fungsi justify ini tidak lagi kelihatan pada tool editor wordpress. Ianya hanya ada pada fungsi short cut sahaja. Jika anda ingin menggunakan fungsi justify, anda boleh guna shortcut berikut (SHIF+ALT+J).

Nampak tak fungsi ini sebenarnya kurang “penting” di mata pihak wordpress sendiri. Sebab itu pihak wordpress hide fungsi ini pada tool editor wordpress.

Justify Post – Adakah Ia Bagus Untuk SEO?

Satu kesilapan besar yang saya lakukan apabila menggunakan fungsi justtify ini pada post-post saya yang lepas dalam blog. Sebenarnya, fungsi justify ini kurang bagus untuk SEO kerana ia akan mengubah struktur ayat dalam post kita.

Contoh:

Struktur post original adalah seperti berikut

Saya nak makan nasi

Apabila anda menggunakan fungsi justify, struktur post anda akan menjadi

<p style=”text-align: justify;”>Saya nak makan nasi

Dah lihat bagaimana ia mengubah struktur dalam post? Saya difahamkan, keyword dihadapannya sepatutnya “Saya nak makan nasi” telah di tukargantikan dengan perkataan “<p style =…” dan ini menyebabkan kurang mesra SEO.

Saya post perkara ini setelah baca dalam blog-blog pro blogger dari luar negara bahawa fungsi justify tidak bagus untuk digunakan jika anda ingin optimise dalam SEO.

Jika anda ingin menulis post, kekalkan ia original dan gunakan fungsi bold yang tidak keterlaluan pada keyword utama.

UPDATED

Jika anda ingin meletakkan fungsi justify pada post tanpa mengubah struktur ayat, anda boleh gunakan CSS ini. Saya telah menggunakan CSS ini dan ianya berjaya tanpa mengubah struktur ayat. Kredit kepada Adi Aizudin.

.post-content p{text-align:justify}

1,930 total views, 6 views today