Hosting Terbaik Untuk Mula MembinaSebuah Bloga| Tajuk pun sudah gempak kan? Sebenarnya, berjaya sesebuah blog itu bergantung tidak bergantung penuh kepada hosting itu sendiri, tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri. Bagaimana cara dia manage dan jaga blog itu samaada boleh berjaya atau tidak.

Bagi saya, berjaya sesebuah blog itu tidak semestinya  mendapat nama di mata masyarakat atau menjadi terkenal. Jika anda dapat itu, itu adalah sebagai satu bonus untuk anda.

Bagi saya, blog yang berjaya adalah blog yang anda hasilkan dapat memberikan pulangan yang agak lumayan kepada anda. Maksud saya, tiap-tiap bulan anda dapat duit dari blog tu la. Itulah blog yang berjaya bagi saya. 🙂

Adakah hosting juga memainkan peranan penting dalam indusri blogging ni?

Ya! Hosting juga memainkan peranan yang penting dalam industri blogging ni. Jika anda tersalah pilih hosting untuk memulakan atau membina sebuah blog anda, nanti ia akan memberi kesan kepada anda di kemudian hari.

Baiklah, saya senaraikan dahulu bagaimana ciri-ciri hosting yang perlu anda jauhi.

  1. Tiada support yang mantap bila wordpress anda bermasalah.
  2. Server yang disediakan tidak laju.
  3. Server selalu down.
  4. Harga cun tidak menjaminkan kualiti terbaik.
  5. Tiada ciri-ciri atau features yang banyak untuk kegunaan wordpress.

Ok. Itulah yang dimaksudkan saya hosting-hosting yang salah.

Hosting Terbaik Untuk Memulakan Sebuah Blog Yang Berjaya

Jika nak di ikutkan, terlalu banyak hosting yang terbaik untuk anda membina tapak wordpress anda. Tetapi, ini adalah pilihan yang terbaik dan saya sendiri pernah mencuba ketika saya memulakan blog pertama saya.

Tak lain tak bukan, hosting itu adalah dari NetKL.

Kenapa saya katakan hosting dari NetKL terbaik? Ini sebabnya.

#1. Bermula Dengan Kos Rendah

Di Netkl, anda boleh memulakan blog anda dengan kos serendah RM60 per setahun dengan satu nama domain percuma. Dengan RM60 ini, anda dapat storage sebanyak 400 MB Disc Space Storage, 7 GB Monthly Bandwidth, 1 MySQL Databases, 200 Sub Domains, NO Addon Domain (Quota), 1 Parked Domain (Quota).

Ok, ini adalah pakej lengkap untuk anda membina sebuah blog.

#2. Support Mantap

Semasa saya pertama kali membina blog dengan host mereka, saya boleh dikatakan ada banyak masalah tentang wordpress kerana masih lagi kurang ilmu tentang wordpress pada masa itu. Tetapi, support mereka yang cekap dan berpegetahuan tentang wordpress, dapat selesaikan masalah saya dengan masa yang singkat sahaja.

#3. Server Stabil

Untuk server pula, boleh dikatakan laju dan tiada server yang down. Ini sangat penting. Jika server selalu down, maka blog anda nanti pun tidak boleh di akses masuk oleh pelawat blog anda. Ini boleh menyebabkan anda kerugian.

#4. Features Yang Menarik

Jika anda melanggan server dari mereka, secara default mereka telah sediakan kepada anda fungsi softaculous di mana fungsi ini membenarkan untuk anda install wordpress anda dengan mudah tanpa ada masalah. Hanya dengan beberapa klik sahaja, blog anda sudah dapat di bina.

Jika anda ingin mulakan blog anda, saya cadangkan untuk anda membina tapak blog anda di NetKL kerana NetKL adalah hosting terbaik bagi saya untuk anda mula membina blog.

1,498 total views, 1 views today