Buat duit dengan blog sebenarnya sungguh menarik dan seronok. Siapa yang pernah merasai duit dari blog, mereka akan tahu bagaimana perasaannya. Tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana nak jana pendapatan dengan blog ni.

Bila sebut saja buat duit dengan blog, ramai yang mula tertarik dan terus buat blog tanpa ada ilmu sedikit pun dalam blogging. Mulalah blog berteraburan di sana sini dan tidak lama kemudian terus senyap dan sepi. Tentu anda tak mahu tergolong dalam golongan ini bukan?

Jadi, untuk artikel pada kali ini saya akan cuba berikan beberapa faktor kenapa ramai blogger baru gagal buat duit blog.

Faktor Blogger Baru Gagal Buat Duit Blog

Di sini saya senaraikan beberapa faktor kenapa ramai blogger baru gagal buat duit blog.

Faktor #1:  Tiada Ilmu

Faktor tiada ilmu adalah faktor utama kenapa blogger baru gagal buat duit dengan blog. Tanpa ilmu sememangnya anda tidak akan pergi dengan lebih jauh. Adapun begitu, mungkin anda akan berhenti separuh jalan saja.

Ilmu blogging ini merangkumi semua iaitu bagaimana nak bina strategi, cara memilih nama domain untuk sesuai kandungan blog, nak buat percuma atau berbayar dan sebagainya. Jika anda main hentam saja, lambat laun blog anda akan terkubur begitu saja.

Faktor #2: Tidak Sabar

Ilmu dah ada tetapi kurang pula kesabaran. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, hanya tiga bulan saja saya dah mampu jana pendapatan dengan blog ini. Itupun saya buat terlajak rajin. Jika anda malas dan tak sabar menunggu nak jana hasil dari blog, anda tidak sesuai untuk buat duit dengan blog.

Faktor #3: Kurang Promosi

Sebagai seorang blogger, tidak dinafikan juga bahawa setiap kali entri ditulis, saya akan pingkan entri saya ini di group-group besar supaya ada orang baca.

Bagi saya ini adalah perkara normal. Sebenarnya kita tidak perlu ping entri sepanjang masa kerana lambat laun entri kita akan dibaca oleh orang yang membuat carian di Google. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Jadi, anda kena tahu di mana nak ping entri, belajar asas SEO dan sebagainya.

Faktor #4: Kerana Duit Bukan Kerana Minat

Ni salah satu lagi faktor yang ramai orang buat silap. Nak buat duit dengan blog adalah kerana duit dan bukannya kerana minat. Anda perlu tanamkan minat dulu sebelum anda berniat nak buat duit dengan blog. Jika anda tidak ada minat, dengan mudah anda akan cepat rasa down jika tak dapat buat duit dalam masa yang singkat dan sebagainya.

Jadi, kena tanam minat dulu sebelum nak buat duit dengan blog. Sebenarnya dapat duit itu adalah dorongan untuk anda terus memajukan diri dalam blog. Jika anda minat, tak mustahil anda akan dapat duit dengan blog.

Faktor #5: Tidak Fokus dan Tidak Konsisten

Tidak fokus dan konsisten adalah racun sebenar dalam dunia blogging. Kerana idea yang terlalu banyak nak buat duit dengan blog, akhirnya kesemua blog tidak terurus dan tidak menjana sebarang pendapatan. Jika anda nak bina blog yang banyak dan jana pendapatan melaluinya, cuba bina satu team khas untuk blog anda.

Kesimpulan

Ini adalah lima faktor utama yang saya rasakan bagaimana dan mengapa blogger baru gagal dalam menjana pendapatan.

Jika anda masih baru dalam dunia blogger, Panduan Buat Duit Dengan Blog adalah terbaik untuk anda bermula dalam dunia blogging.

756 total views, 1 views today