Terdapat banyak jenis bisnes yang boleh dilakukan. Tetapi adakah kesemua bisnes itu boleh berjaya dan bertahan dengan lebih lama? Apakah jenis-jenis bines yang boleh bertahan dengan lebih lama dan diterima orang ramai pada setiap masa?

Hasil dari pembacaan saya dari buku Best Seller Chef Li, beliau mengatakan bahawa ada empat “sungai” bisnes yang akan terus mengalir iaitu:

  1. Bisnes Makanan
  2. Bisnes Pakaian
  3. Bisnes Kesihatan
  4. Bisnes Pendidikkan

#1. Bisnes Makanan

Jika kita lihat di bandar, ada berapa buah restoran dan kedai makan? Ada berapa buah gerai burger? Ada berapa buah gerai kuih muih? Jika nak dihitungkan dengan jari ia sungguh banyak. Sesiapa yang menceburi dalam bisnes makanan, bisnesnya akan terus tetap mengalir seperti air sungai.

#2. Bisnes Pakaian

Antara keperluan asas manusia adalah pakaian. Tanpa pakaian, pergerakkan seseorang manusia itu akan terbatas untuk melakukan sebarang aktiviti. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat di pasaraya antara sudut yang menjadi tumpuan ramai adalah tempat menjual pakaian. Ini kerana semua manusia memerlukan pakaian tidak kira samaada bayi sehinggalah orang tua.

#3. Bisnes Kesihatan

Persepsi masyarakat kepada doktor dan ahli farmasi adalah seseorang yang mempunyai banyak duit dan seorang yang kaya. Mungkin juga benar dan mungkin juga salah. Bisnes kesihatan di sini bukan saja melibatkan kedua-dua golongan profesional ini tetapi juga masyarakat biasa juga boleh. Jika kita lihat sekarang ini, ramai masalah remaja mempunyai jerawat di muka dan susah untuk hilangkan. Anda boleh ambil peluang ini dan jual ubat krim muka untuk menghilangkan jerawat. Tentu produk yang anda jual akan laku.

#4. Bisnes Pendidikan

Ramai tak guru-guru di sekolah anda dulu adalah antara guru-guru yang mengajar di pusat tuisyen secara sambilan? Saya yakin ada walaupun bukan secara majoriti tetapi ia tetap ada secara minoritinya. Malah tidak cukup dengan itu, ada juga yang buka pusat tuisyen sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, ada seorang guru membuka pusat tuisyennya sendiri dan akhirnya berhenti dari menjadi guru di sekolah dan hanya mengajar di pusat tusiyennya. Apakah makna semua ini? Ini bermaksud, gajinya melebihi apa yang dia dapat pada tiap-tiap bulan semasa di sekolahnya.

Kesimpulan

Namun begitu, ia bukan terhad kepada empat kategori jenis bisnes ini sahaja. Sebenarnya, bisnes yang mampu bertahan lama adalah bisnes yang mampu menyelesaikan masalah orang ramai. Berdasarkan kategori bisnes di atas, kesemuanya adalah yang manusia cari pada setiap saat untuk selesaikan masalah mereka. Semua manusia perut akan lapar, semua manusia perlu melindungi badan, semua manusia nak sentiasa sihat dan semua manusia nak pandai.

Apakah jenis bisnes anda?

395 total views, 1 views today