Kongsi Artikel Blog |  Tidak seperti 7-10 tahun yang lalu di mana sesiapa yang mempunyai blog salah satu cara untuk mendapatkan pembaca adalah mesti mahir dalam SEO. Sesiapa yang tidak mahir dalam SEO alamatnya mereka menulis blog untuk di baca diri sendiri.

Tetapi kini telah wujud pelbagai media sosial yang menjadi tempat orang ramai berkumpul seperti Facebook, Google+, Pintrest, Instagram dan banyak lagi. Kesemua website ini adalah salah satu bonus terbesar anda untuk promote artikel blog anda untuk di baca oleh orang ramai.

Perkongsian saya pada kali ini adalah di manakah tempat terbaik untuk promote artikel blog walaupun tak tahu dalam SEO. Walaubagaimanapun SEO masih lagi menjadi pilihan utama saya sendiri.

1. Facebook Groups

Salah satu cara terbaik untuk promote artikel blog dengan cara cepat adalah dengan cara post di facebook group. Sekarang ni banyak group di facebook yang ada untuk meletakkan dan berkongsikan link artikel blog. Taip saja kata kunci blog atau blogger dan anda akan dapat banyak senarai group blog untuk anda ping artikel blog anda.

Antara group blog yang saya rekomenkan adalah

  • Denaihati Network
  • Kelab Blogger Belia
  • BLOGGER AREA (Ini tempat K.I.T.A semua yang punya)
  • Buat Duit Dengan Blog (Original FaizAlias.com)

Untuk dapatkan lebih banyak group yang boleh kongsikan link artikel anda, boleh cari sendiri di facebook.

2. Google+

Salah satu komuniti yang selalu dikunjungi oleh orang ramai juga adalah Google+. Mungkin benar di Malaysia penggunaan Google+ tidak meluas seperti di negara luar tetapi ada beberapa kebaikkan jika anda share dan kongsikan artikel blog anda di Google+.

Jika anda perhatikan, fungsi Google+ lebih kurang sama dengan facebook di mana anda boleh post gambar status dan sebagainya. Cumanya ia tidak mempunyai group seperti di facebook. Kalau nak lebih berkesan, tambahkan kenalan anda di Google+ samaada kenalan dalam negara atau luar negara.

3. Komuniti Blogger/Ping

Di bawah ini merupakan antara yang saya rekomenkan kepada anda untuk sertai komuniti blogger khas untuk blog bahasa melayu sahaja. Untuk komuniti blogger bahasa inggeris saya akan kongsikan pada artikel yang lain pula.

  • Busuk.org
  • Salammedia.my
  • Ohpingblog.com
  • Pinglah.my

Komuniti blogger adalah antara pemasaran blog yang saya sangat rekomenkan kerana selain kita dapat kongsikan artikel blog di website tersebut, kita juga dalam membina jaringan kenalan secara tidak langsung. Jom sokong hasil usaha tempatan. 🙂

4. Perkongsian Media Sosial

Apakah laman web perkongsian media sosial? Antaranya adalah Instagram, Reddit, Twitter, Pintrest, Digg, Youtube, Keek, Email dan banyak lagi. Penggunaan media sosial sekarang ini semakin meluas dari sehari ke sehari. Ini akan meningkatkan trafik ke blog anda secara tidak langsung.

Setakat ini dahulu perkongsian saya.

Dalam artikel yang akan datang, saya akan cuba sampaikan dengan terperinci lagi bagaimana nak kongsikan link blog anda kepada hungry prospek seperti di twitter dan sebagainya.

Anda belum mempunyai blog dan masih terkapai-kapai nak buat duit dengan blog? Dapatkan panduan “Cara Sebenar Buat Duit Dengan Blog” hari ini juga! Perkongsian yang lebih mendalam dalam versi yang akan datang dan pastinya harga akan di naikkan.

733 total views, 3 views today