Sudah tonton filem 3 Idiots? Saya semalam baru kali kedua tengok sebab banyak pengajaran yang boleh ambil dari filem ini. Jika anda masih tidak menonton filem ini, anda bolehlah tonton sekarang. Boleh cari full movie di youtube.

Apa yang anda boleh belajar daripada 3 Idiots Movie?

Empat Perkara Kita Perlu Belajar Dari Filem “3 Idiots”

Kebanyakan filem mempunyai makna dan pengajaran tersendiri. Sama juga dengan file 3 Idiots. Mari kita lihat apa yang kita boleh belajar daripada file 3 Idiots.

1. Buat Kerja Berdasarkan Minat Kita

Dalam kebanyakkan blogger yang baru bermula, mereka hasilkan blog kerana terpengaruh dengan ramai rakan-rakan blogger yang sudah hasilkan duit ribu riban setiap bulan. Padahal mereka bukan minat pun dengan dunia blogging. Tetapi hanya fikir wang semata-mata.

Apa yang jadi kalau buat blog hanya fikir wang tanpa ada minat? Hasilnya kita boleh lihat blog yang berumur 1 bulan sudah mulai bersarang sehingga berbulan-bulan lamanya.

Samalah juga dalam filem 3 idiots. Farhan, minatnya bukan ingin menjadi seorang jurutera tetapi ingin menjadi seorang ahli jurugambar hidupan liar. Desakkan ayahnya yang ingin melihatnya menjadi seorang jurutera, beliau pun memasuki kolej kejuruteraan tersebut walaupun tidak minat.

Namun dengan cara pemikiran kawanya yang bijak pandai, Rancho telah membuka hati kawannya tersebut untuk memujuk ayahnya kembali supaya mendegar kata hatinya bahawa minatnya adalah dalam bidang jurugambar, bukannya bidang kejururuteraan.

Hasilnya kini beliau telahpun pun berjaya menerbitkan beberapa buku fotography sendiri yang berkaitan dengan hidupan liar hasil dari tangkapan gambar kameranya.

2. Percaya Pada Diri Sendiri

Jika anda pernah lihat 3 Idiots, anda akan lihat sendiri bagaimana Rancho buat apabila beliau menghadapi masalah. Apabila beliau menghadapi masalah, beliau akan selalu sebut “all is well” untuk beberapa kali. Dan hasilnya masalah yang beliau sedang hadapi tersebut berjaya diselesaikan dengan baik.

Betul ini cuma filem dan rekaan semata-mata. Tapi percayalah pada kuasa minda di mana jika anda fikir positif semuanya akan menjadi positif.

Begitulah juga sepatutnya yang ada pada fikiran seorang blogger. Jika kita ingin menjadi seorang blogger yang dikenali dan seorang blogger yang berjaya, fikirlah secara positif dan bayangkan anda adalah seorang blogger yang terkenal suatu hari nanti.

3. Jangan Padang Rendah Pada Pihak Lawan

Chatur adalah “musuh” kepada tiga orang sahabat ini. Chatur seorang pelajar yang bijak tetapi beliau mempunyai iri hati yang kuat dan ingin berjaya seorang diri.

Chatur ini telah memandang rendah pada kebolehan Rancho pada awalnya tetapi ia berjaya menutup ego Chatur apabila Rancho sentiasa menduduki tempat pertama dalam exam.

Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, jangan memandang rendah pada pihak lawan kerana ini akan  buat anda sentiasa puas hati dengan diri sendiri. Apabila anda puas hati dengan diri sendiri, anda tidak akan berusaha untuk menjadi kearah yang lebih baik.

4. Berani Membuat Perubahan

Rancho adalah seorang pelajar yang bijak dan berani. Beliau adalah antara pelajar yang berani membuat teguran kepada pengarah kolej tersebut, Prof. Virus di mana cara sistem pembelajaran yang dikendalikan di Kolej tersebut adalah sangat tidak sesuai dan boleh menyebabkan tekanan terhadap pelajar.

Beliau dengan beraninya menegur Prof. tersebut sehingga Prof. tersebut menjadi sangat benci kepada dirinya. Apa yang jadi selepas itu?

Akhirnya, idea yang disampaikan oleh Rancho yang selama ini tidak boleh diterimanya, sekarang ia boleh diterima oleh Prof. tersebut.

Sebagai seorang blogger, kita pun perlu berani membuat perubahan. Contohnya jika sebelum ini kita hanya guna blog percuma, apa kata pula kita beralih kepada blog yang berbayar seperti wordpress. Kebanyakkan blogger takut untuk berpindah ke blog berbayar takut tak sempat nak bayar yuran hosting. Kemudian, cari theme premium sebagai tema blog. Theme premium ni adalah theme yang mesra SEO. Walaupun ia agak mahal, tetapi ia berbaloi.

Jika anda belum lagi lihat filem terbaik ini, saya nasihatkan anda jangan bertangguh lagi untuk melihatnya. Boleh cari di youtube untuk lihat movie yang penuh.

591 total views, 2 views today