Stail memimpin perkumpulan orang bisnes tidak boleh sama dengan stail memimpin persatuan ataupun badan NGO.

Orang-orang bisnes mempunyai ciri-ciri personaliti mereka sendiri, yang menjadikan mereka berbeza daripada individu dalam kelompok lain.

Antara ciri-ciri personaliti orang bisnes:

  • Mereka tidak sabar menunggu lama-lama sementara ketua membuat keputusan bisnes. Mereka mahukan keputusan yang cepat.
  • Keputusan yang ‘salah’ pun tidak mengapa, asalkan ada keputusan yang hendak dijalankan. Mana-mana yang ‘salah’ dapat dibetulkan dari semasa ke semasa. Yang penting kerja berjalan.
  • Mereka mahu tengok projek bergerak.
  • Mereka tidak mahu tengok banyak mesyuarat dan orang bercakap, bercakap, bercakap. Mereka mahu action. Cakap sedikit, buat kerja banyak.
  • Mereka mahu tengok duit mula masuk.

Biarpun kecil, biarpun cuma seringgit dua ringgit, asalkan ada tanda-tanda bahawa memang betul projek itu boleh menghasilkan duit. Mereka tahu bagaimana menjadikan duit kecil menjadi duit besar.

Jalan terus!

1,124 total views, 2 views today