Menguruskan laman web wordpress yang banyak adalah salah satu cabaran besar. Selain untuk mengemaskini wordpress dengan versi terbaru, anda juga perlu mengemaskini plugin-plugin yang di pasang dengan kerap.

Purata sehari saya untuk update satu blog atau website adalah selama 2-3 jam. Jadi mampukah saya untuk update 3-10 blog dalam masa sehari? Tentu tidak mampu.

Lihat senarai website dan beberapa blog peribadi saya sendiri. Ini yang saya senaraikan. Ada lagi dalam email yang tak tersenarai.

Jadi pada artikel kali ini, saya akan cuba menunjukkan kepada anda berapa cara untuk uruskan blog atau website yang banyak dengan lebih effektif atau dalam bahasa mudah, anda perlukan satu akaun sahaja atau di panggil sebagai “Master Log-in” untuk login kesemua website anda.

Ini beberapa hasil carian saya untuk atasi masalah ini.

1. WP Pipeline

WP Pipeline adalah sebuah plugin wordpress yang membolehkan anda menguruskan beberapa laman web. Ia mempunyai ciri-ciri yang baik seperti backup file, pengurusan pengguna, membina kumpulan tertentu dan pengemaskinian yang mudah.

Buat masa sekarang, kos untuk uruskan 5 website adalah sebanyak $27. Kos untuk uruskan 100 website pula adalah sebanyak $67. Anda jangan risau, ia hanya sekali bayar sahaja. One time payment.

2. iControl WP

iControl WP mempunyai ciri-ciri yang hebat seperti pilihan untuk update secara automatik, tindakkan yang menyeluruh untuk menguruskan website, pengimbas malware dan backup secara automatik.

Kos untuk iControl WP ni pula adalah sebanyak $0.60 untuk satu website. Pelan paling murah adalah $3/bulan untuk 5 website. Anda boleh buat percubaan selama 30 hari sahaja.

3. InfiniteWP

InfiniteWP adalah aplikasi percuma untuk untuk anda pasang pada server untuk menguruskan web WordPress anda. Ia membenarkan untuk anda membina “Login Master” di mana anda hanya perlu login satu akaun sahaja untuk akses kesemua website anda. Seperti yang lain, ia juga mempunyai ciri-ciri backup data.

Walaupun ia percuma, tentu ada kekurangannya sendiri. Kekurangan percuma adalah, anda tidak akan mendapati banyak ciri-ciri di dalamnya. Untuk lihat penuh “plan and pricing”, sila ke laman web tersebut.

4. WP Remote

WP Remote membolehkan anda untuk monitor kesemua web WordPress anda secara percuma. Melalui Dashboard, anda boleh mengemaskini WordPress dengan mengemaskini plugin dan tema tanpa perlu login satu persatu akaun anda.

Kosnya pula adalah sebanyak $5/bulan. Setiap aktiviti yang anda lakukan, ia akan hantar ke email sebagai rujukan.

5. CMS Commander

CMS Commander mempunyai interface atau dashboard yang lebih mudah untuk uruskan web WordPress anda. Dari dashboard anda akan dapat lihat kesemua senarai website anda.

CMS  Commander mempunyai banyak ciri-ciri unik seperti keupayaan untuk integrasikan rangkaian affiliate ke dalam laman web anda dan mengklonkan laman web anda.

Untuk plugin ini adalah percuma untuk anda gunakan. Walaubagaimanapun, benda yang percuma akan ada maknanya. Anda tidak akan dapati kesemua ciri-ciri hebat dari plugin ini jika digunakkan secara percuma.

6. MainWP

MainWP menawarkan khidmat servis seperti plugin di atas juga iaitu untuk menguruskan banyak web WordPress anda.

 

Antara ciri-ciri terbaik  aplikasi ini adalah, ia menawarkan perkhidmatan percuma untuk 5 website tanpa ada halangan untuk menggunakan ciri-ciri yang ada. Ia seperti anda membeli plugin ini. Cuma untuk menggunakan lebih dari 5 website barulah anda dikenakan bayaran.

Bayarannya pula adalah seperti berikut. Pilihan biasa dijual pada harga $ 24 dengan sebanyak 25 buah web untuk diuruskan. Sehingga 100 laman web pula adalah $ 49 dan jumlah yang tidak terhad untuk uruskan laman web adalah sebanyak $79. Bayaran ini adalah sekali bayar sahaja.

Keseluruhan

Antara plugin-plugin yang saya nyatakan di atas, antara yang saya berkenan adalah MainWP (yang keenam) di mana saya dibenarkan untuk uruskan 5 buah website tanpa buat perlu bayaran dan kesemua fungsinya pula tidak disekat. Ia seperti anda membeli plugin tersebut.

Kesemua maklumat dan ciri-ciri saya nyatakan di atas adalah berdasarkan laman web mereka. Untuk lihat lebih detail boleh klik berdasarkan link yang saya berikan di atas.

Ada nak komen apa-apa? Tinggalkan di bawah komen anda

733 total views, 1 views today