Rata-rata ramai yang ingin mulakan bisnes sendiri tetapi ramai juga yang takut nak mulakan bisnes. Alasannya adalah tak bersedia dan masih lagi tak sempurna.

Saya pun mulakan bisnes saya sendiri dengan masih tak lengkap dan sempurna. Nak bisnes lengkap dan sempurna ia memerlukan pengalaman dan juga asam garam kehidupan. Jadi, mulakan bisnes anda sekarang dan perbaikinya dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Semasa anda mulakan bisnes anda sendiri, cuba perhatikan perubahan pada diri anda dalam masa lima tahun akan datang. Lima tahun adalah paling maksima untuk lihat seseorang itu samaada berjaya dalam bisnes, statik atau terus berhenti.

Cara Untuk Memulakan dan Memilih Bisnes

Di bawah ini saya tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memulakan dan memilih bisnes anda sendiri supaya tidak tersalah arah ataupun bisnes yang boleh cepat buat anda jemu.

1. Kenali Potensi Diri

Pertama kali kenali siapa diri anda. Adakah anda seorang yang suka bercakap? Adakah anda seorang pendiam? Adakah anda sorang yang pemalu berhadapan dengan orang ramai dan sebagainya.

Sudah tentu semua ini mempengaruhi jenis-jenis bisnes anda. Jika anda suka bercakap banyak dan jenis tidak pemalu, mungkin anda lebih layak untuk buat bisnes secara offline yang memerlukan banyak promosi. Orang jenis ini juga sesuai untuk lakukan bisnes MLM.

Jika anda pendiam dan sebagainya, mungkin anda boleh mulakan bisnes anda dengan bisnes internet kerana ia tidak memerlukan banyak percakapan lisan. Jadi, anda mungkin boleh buat bisnes dropship hanya melalui internet sahaja.

Nak memulakan bisnes sendiri, saya tidak pandang pada sudut fizikal. Kerana sudah banyak golongan OKU yang berjaya dalam bisnes masing-masing. Ini kerana mereka tahu potensi diri mereka.

2. Kenali Minat Anda

Sebelum memilih bisnes supaya tidak tersalah arah, cuba tanya pada diri anda. Apakah yang anda minat dalam hidup ini. Dalam dunia ini, bisnes tidak terhad. Sampaikan rumput kering pun boleh buat duit.

Manusia ada minat masing-masing. Ada yang minat masuk bendang, ada yang minat dengan komputer komputer dan bermacam-macam lagi minat ni. Jadi, cuba tukarkan minat anda itu kepada satu bentuk bisnes yang boleh anda buat duit.

3. Tuntut Ilmu

Bila dah jumpa dengan bisnes yang ngam-ngam dengan anda, cuba cari guru-guru yang sama buat bisnes seperti anda. Tak kira dia tu muda atau dewasa, ilmu banyak atau sikit, jika ia memberikan sesuatu yang manfaat kepada anda, dialah guru anda.

Malas nak cari guru atau bajet tak cukup, boleh google dahulu untuk permulaan. Tapi tidak digalakkan untuk berguru dengan Google selamanya. Anda terpaksa juga cari guru untuk bisnes anda.

 4. Amalkan dan Applikasikan Ilmu

Selepas anda mencari ilmu, apa yang perlu anda buat adalah amalkan dan applikasikan. Ramai yang gagal di sini iaitu tidak applikasikan ilmu yang telah dicari atau diberi. Bila tak menjadi cuba pula salahkan orang yang mengajar.

5. Jangan Berputus Asa

Akhir sekali, anda tidak perlu untuk berputus asa jika gagal. Jangan cuba berhenti di pertengahan jalan kerana kejayaan sebenar sedang menunggu anda di hadapan.

Putus asa adalah racun bagi kejayaan. Hampir 100% terbukti mereka yang tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu akhirnya berjaya mencapai kejayaan yangs sangat besar.

Kesimpulan

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, mulakan bisnes anda sekarang juga dan jangan menanti diri anda dah sempurna dengan ilmu baru nak mulakan. Perbaiki ilmu-ilmu bisnes anda semasa anda sedang melakukan bisnes. Itulah jalan yang terbaik sebenarnya.

Fast Action, Fast Result

119 total views, 2 views today