Tentu anda pernah tercari-cari tutorial bagaimana nak tukar username login pada web wordpress. Maklumlah sudah bertahun-tahun menggunakan username yang sama. Sekali-sekali nak ubah juga citarasa nama username blog anda.

Tutorial ini mungkin berguna kepada anda yang tersalah install web wordpress pada awalnya dengan username yang tidak professional. Contohnya seperti salah satu website saya di mana saya ter”install” username dengan nama “DEMO”.

Untuk pengetahuan anda, wordpress tidak membenarkan untuk anda menukar username. Melainkan anda ikut trik dan tips di bawah.

1. Login Ke cpanel anda. https://websiteanda.com/cpanel

2. Pada bahagian dashboard, anda cari menu database dan klik pada phpMyAdmin

3. Lepas anda klik pada phpMyAdmin, lihat pada bahagian kiri anda dan cari seperti gambar di bawah.

Klik pada wp_users.

4. Kemudian anda akan di bawa ke halaman lain. Dari halaman ini, anda klik edit

5. Sila perhatikan pada user_login dan juga user_nicename.  Tukar username anda di sini dengan username yang sama.

Lepas anda pilih username pilihan anda, pada bahagian bawah anda klik “GO” untuk disimpan.

Lepas tu anda logout jika anda telah login pada website anda. Selepas itu, anda login balik dengan menggunakan username yang telah anda ubah tadi. Dari dashboard pergi pada Appearence >>> User >>> Your Profile >>> Username

Jika anda perhatikan, username anda telah berjaya di ubah. Tahniah!

Suka dengan tutorial ini?

Komen share dan likes.

Terima kasih. 🙂

772 total views, 1 views today