Sejak saya memakai iPhone dari produk Apple, saya makin banyak buat kajian sendiri. Apa kelebihan dia, apa kekurangan dia, bagaimana dikatakan iPhone untuk kegunaan golongan bisnes dan sebagainya. Ternyata apabila saya membuat kajian sendiri, saya mula jatuh hati pada iPhone.

Nak beli iPhone anda perlu berhati-hati kerana sekarang ini makin banyak iPhone yang diklon daripada negara China. Apa la sangat iPhone ni untuk di klon oleh negara China. Telur ayam pun mereka mampu nak klon.

Tapi yang istimewanya, sistem OS dari Apple iaitu iOS mereka tidak dapat di klon. Hanya iPhone original sahaja yang mempunyai sistem iOS.

Kali ini saya nak ceritakan bagaimana nak tentukan samaada iPhone tersebut asli ataupun iPhone klon.

Ujian Pertama

Ujian pertama ini adalah, anda perlu semak Serial No. iPhone anda di lama web Apple. Untuk semak cepat, Klik sini. Kemudian anda masukkan Serial no. iPhone anda. Untuk cari Serial nombor iPhone anda, anda boleh pergi ke Settting >>> General >>> About

Ujian Kedua

Ujian kedua ini pula, anda perlu semak nombor IMEI untuk lihat status iPhone anda. Klik sini untuk semak. Untuk dapatkan nombor IMEI iPhone anda, anda boleh lihat pada bahagian belakang casing iPhone anda. Masukkan nombor tersebut. Atau anda boleh dapatkan juga nombor ini di Setting >>> General >>> About

Ujian Ketiga

Sebuah iPhone yang Original pasti mempunyai iTunes Store dan Apps Store di halaman depan. Dan pastikan apabila anda klik pada icon App Store, ia akan membawa anda ke App Store. Hanya iPhone original sahaja yang akan pergi ke App Store apabila anda klik pada icon tersebut kerana sudah ternyata ianya menggunakan sistem iOS.

Jika anda klik pada App Store tetapi ianya membawa anda ke Google Play, ini bermakna iPhone anda menggunakan sistem Android dan sudah jelas ianya iPhone yang palsu. iPhone yang asli tidak akan guna mana-mana sistem OS melalainkan sistemnya sendiri iaitu iOS.

Ujian Ke-Empat

Jika anda dapati mana-mana reseller iPhone yang menjual dengan harga yang terlampau murah seperti RM1500 untuk iPhone 5s 32 Gb, saya sarankan anda jauhi atau elakkan. Ia mungkin iPhone palsu dan juga second hand yang dah lama digunakan. Untuk membeli iPhone, saya sarankan kepada anda supaya tidak membeli second hand kerana anda tidak akan dapat nikmati menggunakan iPhone.

Ujian Ke-Lima

iPhone klon, mungkin nampak sama pada reka bentuk, tetapi tidak sama pada penampilan. iPhone yang asli akan menampilkan screen “retina eyes”. Resolusi screen pada iPhone juga adalah tinggi sehingga ia menampakkan grafik yang lebih halus dan menarik. Mudah cerita, kalau anda guna rasa tak sedap tu dan lihat screen pun dan bosan, tu mungkin iPhone palsu.

Ok, itu saja tips dari saya yang saya buat kajian sendiri bagaimana nak semak iPhone paslu atau iPhone asli. Nak lebih lagi boleh la google sendiri.

492 total views, 1 views today