Cara Tukar Nama Domain Di Blogspot | Disebabkan ramai yang tanya saya bagaimana nak setting nama domain sendiri dalam blogspot, jadi artikel pada kali ini saya akan cuba buat satu tutorial walaupun saya sebenar bukan dalam bidang blogspot. Oleh kerana saya pernah ada ilmu ini, saya akan cuba kongsikan kepada mereka yang ingin pointkan nama domain mereka ke dalam blogspot agar blog anda nampak lebih professional.

Untuk penukaran nama domain ini, saya hanya tunjukkan kepada mereka yang melanggan nama domain dari SempoiHosting sahaja kerana untuk syarikat penyedia hosting yang lain saya belum ada pengalaman. Jadi, jika anda belum beli nama domain, silalah langgan nama domain juga di SempoiHosting untuk memudahkan anda mengikuti tutorial ini.

Langkah #1: Daftar dan Login Ke Akaun

Jika anda belum daftar dengan SempoiHosting, sila daftar sekarang dan beli nama domain dari mereka. Untuk langkah ini, saya anggap anda sudahpun membeli nama domain dari mereka. Ingat, hosting anda tidak perlu beli kerana anda menggunakan medium blogspot sebagai penyimpanan data-data anda.

Langkah #2: Setting Pada DNS

Pada bahagian ini banyak langkah-langkahnya. Jadi saya pecahkan kepada beberapa kategori.

1. Selepas anda login, dari menu anda cari dan klik pada My Domain. Kemudian anda klik pula Manage Domain. Jika anda ada banyak nama domain tersenarai di SempoiHosting, klik Manage Domain pada domain yang anda hendak tukarkan dalam blogspot anda. Contoh seperti di bawah saya klik Manage DOmain untuk domain Faizalias.com. Ini bermakna saya akan tukarkan nama domain ini dalam blogspot nanti.

2. Selepas anda klik pada Manage Domain, anda akan dibawa ke page seterusnya. Klik pada Management Tools >> Manage DNS

3. Setting pada DNS anda untuk membolehkan nama domain anda dipointkan ke blogspot.

  • @ – CNAME – ghs.google.com
  • www – CNAME – ghs.google.com
  • sdpjgfn7vz43 – CNAME – gv-xxxxxxxxxxxxxxx.google.com (Kod khas ini boleh diperolehi dari akaun blogspot anda, setiap blog akan mempunyai kod yang berbeza)

Untuk mendapatkan kod khas tersebut, anda buka satu new tab yang baru dan login ke dalam akaun blogspot anda.

Langkah #3: Cara Dapatkan Kod Khas dan Cara Setting Domain Dalam Blogspot

1. Login ke dalam blogspot anda.

2. Pada bahagian dashboard, anda klik seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan pilih setting.

3. Pada bahagian publishing, anda klik Add a custom domain

4. Kemudian anda masukklan link url nama domain anda dan klik save

5. Selepas itu anda akan lihat error seperti di bawah untuk dapatkan sebenar Kod Khas untuk blogspot anda.

6. Copy & paste kod tersebut di DNS Management di client area sempoihosting tadi. Kemudian, tekan butang “Save Changes”

7. Kembali semula ke tab blogspot anda.  Kemudian, masukkan nama domain yang anda telah beli dan set tadi.

8. Selepas itu anda tekan butang save dan setting nama domain anda ke blogspot telah siap! Kini anda perlu tunggu selama 24 jam untuk pastikan nama domaintersebut betu-betul telah propogate dengan akaun blogspot anda.

Jika sebelum ini nama blogspot anda adalah www.buatduitblog.blogspot.com sekarang dah jadi www.buatduitblog.com.

Jika ada sebarang masalah semasa proses penukaran, jangan segan silu untuk hubungi saya atau tinggalkan saja komen anda di bawah.

4,550 total views, 1 views today