Mungkin setiap hari anda terpaksa delete beribu-ribu komen spam di dalam blog anda. Setiap blog paling kurang mempunyai komen spam lebih kurang 200-500 sehari. Tambahan pula jika blog tersebut adalah blog Bahasa Inggeris.

Semalam saya cuba buka satu blog Bahasa Inggeris saya setelah seminggu tidak dibuka. Apa yang saya dapati adalah, komen yang berbentuk spam telah terkumpul sebanyak 50k lebih.

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana nak delete komen SPAM ini dengan hanya sekali klik. Tidak usah lagi anda nak delete komen satu per satu.

Langkah 1: Pasang Plugin WpCommentCleaner

Seperti biasa, anda install plugin WpCommentCleaner. Caranya adalah, dari dashboard anda cari menu Plugins >>> taip “WpCommentCleaner”>>> klik install >>> klik activate.

Langkah 2: Cari “CommentCleaner”

Lepas anda siap install dan aktifkan plugin tersebut, dari dashboard anda akan lihat menu baru “CommentCleaner” pada bahagian kiri wordpress anda.

Langkah 3: Klik “Delete”

Lepas anda klik pada CommentCleaner, anda akan di bawa ke halaman lain dan anda akan nampak bahagian seperti yang berikut.

Untuk delete, anda hanya perlu klik pada butang “Delete” pada bahagian Un-Approve Comments dan SPAM comments.

Keseluruhan

Sekarang anda telah ketahui bagaimana nak delete komen yang berbentuk spam yang banyak dengan hanya sekali klik sahaja.

Jadi tak usah lagi anda mark satu persatu dan delete. Ini akan memakan masa anda. Jika anda rasa ia bermanfaat, boleh kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.

Ada nak komen ke? Tinggalkan komen di bawah. 🙂

238 total views, 2 views today