Sebelum anda melakukan pembelian secara online di mana-mana website, saya sarankan untuk anda semak terlebih dahulu pendaftaran syarikat tersebut samaada valid didaftarkan atau hanya satu penipuan sahaja.

Mungkin anda tertanya bagaimana nak semak pendaftaran syarikat seseorang itu?

Caranya mudah sahaja iaitu melalui website rasmi SSM juga di laman web – https://www.ssm-einfo.my/

Cara Mudah Semak Pendaftaran Syarikat

#Langkah 1

Anda boleh layari website rasmi SSM di – https://www.ssm-einfo.my/. Lepas ia loading habis semua, anda klik pada menu “My e-Account” dan anda akan lihat seperti gambar rajah di bawah. Sila buat pendaftaran.

#Langkah 2

Lepas siap anda isi pendaftaran dan klik submit, anda akan menerima satu email “Selamat Datang” dari SSM. Dalam email tersebut terkandung username dan password yang telah anda daftarkan. Jika anda tidak menerima sebarang email, sila semak dalam spam box anda.

Jika masih anda tidak menerima sebarang email, sudah sah email anda isikan semasa daftar tadi tersilap.

Gambar di bawah ini anda akan redirect ke page ini selepas siap pendaftaran dan anda sudah sedia untuk login masuk.

#Langkah 3

Kemudian, selepas anda login masuk ke akaun SSM anda, anda akan dibawa ke page ini dan sila pilih menu ” >> Search”. Klik.

#Langkah 4

Seterusnya, anda akan di bawa ke page ini pula. Di sinilah anda perlu pilih samaada nak semak melalui nombor pendaftaran syarikatnya atau melalui nama pendaftaran syarikatnya.

Isikan saja dan anda klik “Search”

Dan inilah hasilnya. Anda boleh lihat senarai nama ini bahawa ianya ada di dalam database SSM dan ianya valid!

Harap dengan perkongsian saya kali ini, akan lebih menyakinkan untuk anda membeli belah secara online iaitu dengan semak terlebih dahulu pendaftaran syarikat penjual tersebut.

Semoga bermanfaat.

38,756 total views, 5 views today