Jika anda copy sesuatu artikel dalam blog orang lain dan pastekan ia dalam blog anda, anda mesti berikan kredit kepada blog tersebut di akhir artikel itu dalam blog anda. Ini supaya ia dapat menjaga etika kita sebagai seorang blogger.

Jadi di sini saya tunjukkan satu cara mudah bagaimana anda boleh berikan kredit dengan mudah kepada blog tersebut.

Cara Mudah Letak Sumber Dengan Plugin Source Affix

Saya ajarkan tutorial ni supaya untuk memudahkan anda untuk letakkan kredit kepada pemilik artikel asal jika anda copy sesuatu artikel tersebut. Tambahan lagi, ianya lebih menarik dengan menggunakan plugin ini.

Mari ikut tutorial saya ini.

#1. Install

Seperti biasa, anda kena install dahulu jika belum install. Caranya adalah, anda pergi ke Dashboard >>> Plugins >>> Add New >>> kemudian anda search kat kotak search tu dengan kata kunci “Source Affix”

Bila dah jumpa, klik install dan dan aktifkan ia.

#2. Setting

Lepas dah siap install dan aktif, anda perlu setting terlebih dahulu supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Caranya anda lihat pada bahagian Setting >>> Source Affix. Tekan situ untuk setting. Ikut je macam cara di bawah ni.

Lepas siap setting, maka anda bolehla untuk menulis artikel.

#3. Cara Guna

Semasa anda menulis post, pada bahagian bawah anda dapat satu widget untuk sumber tersebut. Anda hanya perlu masukkan link URL dan juga perkataan yang anda mahukan. Contohnya seperti di bawah ni.

Itu saja.

768 total views, 2 views today