Dalam blog lama saya, FaizAlias.com ada menulis beberapa tips yang perlu anda lakukan jika tiada modal untuk mulakan bisnes. Jika anda nak baca boleh cari dalam blog lama saya tersebut.

Tetapi suka sekali lagi untuk saya menulis balik apakah tips yang perlu anda lakukan jika tiada modal untuk mulakan bisnes.

Ramai. Terlalu ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana saya mulakan bisnes tanpa modal di awal saya memasuki ke alam Universiti. Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab sebab modal saya adalah dari pelbagai sumber. Salah satunya adalah buat servis. Tapi yang penting di sini adalah, saya tidak pernah meminta sesenpun dari ibubapa saya untuk mulakan bisnes sendiri.

Cara Mulakan Bisnes Tanpa Modal

Terdapat dua cara mulakan bisnes tanpa modal iaitu…

1. Dropship

Salah satu model bisnes terawal saya adalah saya buat bisnes model dropship iaitu di mana saya menjadi orang tengah dalam bisnes ini. Pada masa itu saya telah menjadi orang tengah dalam bisnes cetak baju. Dengan keuntungan yang saya dapat saya simpan untuk kembangkan lagi bisnes.

Apa itu dropship?

Seperti yang saya tulis di atas tadi, dropship ni adalah anda menjadi orang tengah dalam sesuatu bisnes tanpa anda keluarkan modal anda pun.

Contohnya adalah anda menjual Teddy Bear Besar. Pelanggan sudah siap membayar kepada anda dengan harga yang lebih tinggi. Duit keuntungan untuk anda pula anda perlu ambil siap-siap dan anda hanya perlu bayar kepada pembekal anda dengan harga agen sahaja.

Segala urusan penghantaran pula pembekal anda yang uruskan. Anda perlu berikan maklumat sahaja kepada pembekal anda. Itu saja.

Bagaimana nak mulakan dropship?

Ikuti langkah-langkah di bawah.

#1. Cari Supplier

Nak cari supplier ni anda kena pandai memilih supaya anda tidak hadapi masalah di kemudian hari. Contohnya anda boleh cari supplier dari kenalan terdekat anda.

#2. Sediakan Pelbagai Cara Bayaran

Untuk memudahkan customer anda, anda perlu sediakan pelbagai cara bayaran seperti gunakan banyak bank. Jika anda guna satu bank sahaja untuk pembayaran, ini akan melambatkan proses jual beli.

#3. Kenalpasti Platform Jualan

Setelah anda jumpa dengan supplier anda dan sediakan pelbagai cara pembayaran, seterusnya anda perlu kenalpasti platform jualan untuk anda menjual. Antara platform jualan yang saya syorkan adalah Lelong.com.my, mudah.my dan juga Ebay.

2. Buat Servis

Walaupun ramai yang memilih bisnes jenis dropship untuk mulakan bisnes tanpa modal, tetapi saya lebih suka kepada jenis bisnes buat servis.

Bisnes buat servis ini pula mestilah bergantung kepada kemahiran anda. Tidak kira apa-apa jua kemahiran yang anda rasa anda boleh buat duit dengan kemahiran tersebut, anda boleh tawarkannya.

Contoh kemahiran adalah membina website, design, baiki motor, baiki barang elektrik dan banyak lagi jenis-jenis kemahiran yang boleh buat duit.

Kelebihan bisnes servis ini adalah, kadang-kadang anda tidak perlukan keluar sesen pun. Tambahan pula keuntungan yang anda dapat adalah 100%.

Jika anda berminat untuk tawarkan servis anda, anda boleh layari www.iLancee.com. Di dalam website tersebut, anda boleh tawarkan apa-apa jua kemahiran anda.

Jom tukarkan kemahiran anda menjadi duit!

79 total views, 2 views today