Cara Bermula Bisnes Online Untuk Newbie | Sekarang ini sudah bermacam-macam barang kita boleh jual. Ada barang yang rare dan ada barang yang sudah common di pasaran. Untuk bersaing dalam bisnes, anda perlu pandai main harga dan juga idea-idea untuk pemasaran anda.

Tapi bagaimana kita nak bermula sebagai orang baru atau yang yang ingin menceburi dalam bidang bisnes online?

Saranan saya mudah saja. Anda boleh bermula dengan konsep dropship.

Apa Itu Dropship?

Jika anda masih baru dan tak tahu apa itu konsep dropship, di sini saya akan terangkan serba sedikit kepada anda apa itu dropship.

Dropship adalah salah satu kaedah di mana anda menjadi orang tengah. Anda tak perlu nak simpan stok atau barang. Semuanya terserah kepada pembekal anda. Jika ada customer yang nak beli barang, mereka akan bayar terlebih dahulu kepada anda dan anda hanya bayar kepada pembekal anda dengan harga modal sahaja. Untung anda simpan siap-siap.

Kemudian, proses penghantaran barang pembekal anda yang uruskan. Mudah saja kan? Jadi apa peranan anda sebenarnya dalam konsep dropship ni? Peranan anda adalah, anda hanya buat promosi sahaja. Itu saja.

Di Mana Nak Cari Pembekal?

Di mana nak cari pembekal?

Ini mungkin menjadi persoalan utama anda yang ingin buat bisnes secara dropship ni. Jika tersalah pembekal, anda mungkin ditipu dan anda mungkin mengalami moral down nak buat bisnes. Jadi, mencari pembekal terbaik untuk kali pertama adalah penting.

Apa yang saya tahu, anda boleh cari pembekal anda di dua tempat saja.

  1. Lelong.com.my
  2. Majalah.com

Dua tempat ini saja saya sarankan kepada anda jika ingin menjadi pembekal. Tetapi saranan utama saya adalah anda mencari pembekal di Lelong.com.my. Ini kerana, anda boleh melihat rating samaada pembekal ini bagus, dipercayai dan sebagainya.

Di Mana Nak Promosi?

Bab inilah paling sakit sikit untuk bagi yang newbie. Tambah-tambah lagi yang tak ada modal nak buat bisnes.

Jadi sarananan pertama saya, jika tak ada modal langsung sudah tentu anda “tak” boleh nak buat bisnes. Ini kerana ia melibatkan kos pemasaran di mana anda perlukan juga modal sikit.

Saranan saya untuk pemasaran ni pula, anda boleh gunakan medium seperti:

  1. Mudah.my
  2. Blog (Berbayar)
  3. Facebook Ads
  4. Google Ads

Medium di atas ini adalah yang paling popular setakat hari ini.

Namun, jika anda nak jenis pemasaran yang jenis long term markting, anda boleh bina sebuah blog berbayar dan promote barang atau produk anda di dalam blog tersebut.

Dengan ilmu yang tak seberapa ini, harap anda sudah ada idea bagaimana nak bermula dalam bisnes online ini.

Di sini saya nak beritahu kepada anda. Jika anda betul-betul nak bermula bisnes online tetapi tak ada modal, anda boleh cuba buat duit tanpa modal di iLancee.com.

120 total views, 2 views today