Cara Masukkan Iklan Di Dalam Artikel Blog | Dalam artikel ini, saya akan ajarkan dan buat tutorial kepada anda bagaimana cara nak masukkan iklan dalam artikel blog.

Kelebihan masukkan iklan dalam artikel ni ada banyak. Salah satunya ia dapat optimasikan iklan anda dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan di blog anda. Menarik bukan?

Cara Masukkan Iklan Dalam Artikel Blog

Ok. Hanya ada beberapa langkah saja anda perlu buat. Senang dan mudah saja. Tak perlu pening kepala. Tak perlu pun kemahiran nak buat benda ni. Cuma perlu ikut tutorial saya sahaja.

  1. Macam biasa. Pergi ke Plugin >>> Add New >>> dan cari plugin “Insert Post Ads
  2. Klik install dan aktifkan ia.
  3. Dari dashboard, anda lihat menu sebelah kanan ada tulis “Post Adverts”
  4. Hoverkan tetikus anda pada “Post Adverts” kemudian klik pada “Add New”
  5. Masukkan tajuk iklan anda sebagai rujukan saja. Contoh “Iklan 1”
  6. Kemudian masukkan kod iklan anda. Itu saja. Nak nampak cantik dan kemas lagi, masukkan <center>kod iklan anda</center> untuk ketengahkan iklan anda tersebut.

Jika anda nak lihat demo, boleh contoh di blog ini

Itu saja. Siap. Jangan lupa share jika ia bermanfaat. 🙂

901 total views, 1 views today