Kadang-kadang memasukkan “background music” dalam blog atau sesuatu website ia adalah sesuatu idea yang tidak ideal. Ini kerana ia mungkin menganggu perhatian pembaca blog atau pelawat dalam web anda.

Namun begitu, ada sesetengah blog dan web sesuai untuk anda letakkan musik sebagai latar belakang. Anda boleh fikir sendiri yang mana sesuai dan tidak sesuai.

Kali ini saya nak tunjukkan tutorial bagaimana nak letakkan “Background Music” atau dalam bahasa melayunya adalah musik latar belakang.

Cara Masukkan “Background Music” Dalam Blog WordPress

Ikuti tutorial di bawah.

Langkah #1: Pasang Plugin “Soundy Background Music”

Macam biasa, anda pergi ke Plugin >>> Add new >>> dan cari “Soundy Background Music” >>> Klik install

Langkah #2: Setting Musik Anda

Lepas itu, anda perlu settingkan musik anda. Cara nak settingkan musik, anda perlu pergi ke Setting >>> “Soundy Background Music”

Pada bahagian ini semuanya telah di “Default” kan. Jika anda ingin ubah lagu atau musik kesukaan anda, anda hendaklah reduce saiz file format MP3 anda ersebut.

Cara nak kurangkan saiz lagu anda, anda pergi saja ke audioformat.com dan anda ikut saja arahan mudah bagaimana nak kurangkan saiz lagu MP3 anda. Saiz format MP3 terbaik adalah kurang dari 2MB.

Itu saja. Lepas tu anda klik Save Changes.

Untuk lihat demo, anda boleh pergi ke blog peribadi saya di blog.ahmadfaiz.com. Kalau internet anda slow, anda mungkin kena tunggu sekejap.

373 total views, 1 views today