Komen yang berbentuk SPAM akan selalu menganggu pengguna blog wordpress. Masa yang ada sepatutnya dapat menulis satu artikel tetapi menghabiskan masa untuk padam semua komen-komen yang berbentuk spam.

Malangnya, ketika saya mencari jalan penyelesaian bagaimana nak lenyapkan komen spam, rupa-rupanya ia tidak dapat dibendung 100%. Cuma ia dapat di kurangkan. Walaupun anda telah disable komen, spammers masih lagi dapat menghantar komen spam kepada anda.

Memang betul apabila disable komen, ruangan komen anda tidak akan lagi kelihatan tetapi mereka akan mengambil ruang di pangkalan data yang akan meningkatkan saiz pengkalan data dan seterusnya akan melambatkan laman blog anda. Semuanya tidak mustahil. Ini kerana penggunaan software blogwalking yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana nak kurangkan komen spam pada blog wordpress anda. Selama ini saya terpaksa buang beratus-ratus komen spam setiap hari tetapi kini saya dapat kurangkan komen spam dengan begitu mendadak sekali. Jika anda ikut step atau langkah yang saya berikan, anda akan dapat kurangkan komen spam.

Untuk langkah ini, anda hendaklah terlebih dahulu pergi ke bahagian “Discussion“. Dari Dashboard >>> Settings >>> Discussion atau terus ke url www.namabloganda.com/wp-admin/options-discussion.php. Pada bahagian inilah yang paling penting untuk mengawal orang yang komen pada blog anda.

1. Tetapkan Approved Komen

Pada halaman “Discussion” anda akan melihat satu bahagian yang dinamakan sebagai “Before a comment appears”. Pada bahagian inilah anda dapat mengawal komen yang dihantar di blog anda samaada anda nak terus approve secara automatik atau queue terlebih dahulu. Buat pilihan seperti berikut.

“Comment must be manually approved” bermaksud setiap komen yang dihantar ke blog anda, anda terpaksa klik approved terlebih dahulu samaada orang yang dah pernah komen atau orang yang baru komen.

“Comment authour must have a previously approved comment” bermaksud jika seseorang itu pertama kali meninggalkan komen di blog anda, komen mereka terpaksa queue terlebih dahulu. Tetapi pada komen mereka yang seterusnya, ia akan approved secara automatik.

Ia bergantung kepada anda bagaimana pilihan anda. Untuk tujuan tutorial, anda ikut saja di atas ni.

2. Tangguhkan Komen Yang Ada Link

Peratusan komen SPAM yang paling tinggi adalah yang mengandungi link dalam komen. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan menangguhkan komen yang mengandungi link. Bermaksud anda akan approve secara manual apabila ada komen yang mempunyai link.

Anda boleh  tetapkan tetapan ini pada bahagian “Comment Moderation”

Pada tetapan ini, anda boleh pilih “1”. Seperti yang saya buat, saya setting jika ada 2 link dalam komen baru komen tersebut akan disekat.

3. Gunakan Komen Blacklist

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan keywords SPAM. Ini bertujuan supaya, apabila ada seseorang masukkan keyword ini dalam komen mereka, secara automatik sistem blog akan kesan ia adalah SPAM.

Berikut adalah keywords SPAM yang selalu digunakan.

4u adipex advicer baccarrat blackjack bllogspot booker byob car-rental-e-site car-rentals-e-site carisoprodol casino casinos chatroom cialis coolcoolhu coolhu credit-card-debt credit-report-4u cwas cyclen cyclobenzaprine dating-e-site day-trading debt-consolidation debt-consolidation-consultant discreetordering duty-free dutyfree equityloans fioricet flowers-leading-site freenet-shopping freenet gambling- hair-loss health-insurancedeals-4u homeequityloans homefinance holdem holdempoker holdemsoftware holdemtexasturbowilson hotel-dealse-site hotele-site hotelse-site incest insurance-quotesdeals-4u insurancedeals-4u jrcreations levitra macinstruct mortgage-4-u mortgagequotes online-gambling onlinegambling-4u ottawavalleyag ownsthis palm-texas-holdem-game paxil penis pharmacy phentermine poker-chip poze pussy rental-car-e-site ringtones roulette shemale shoes slot-machine texas-holdem thorcarlson top-site top-e-site tramadol trim-spa ultram valeofglamorganconservatives viagra vioxx xanax zolus

 

Anda copy words di atas dan pastekan kedalam kotak “Comment Blacklist”

4. Tutup Ruangan Komen Pada Post Lama

Jika anda perasan, kebanyakkan komen spam ni hanya terjadi pada artikel-artikel yang lama. Ini kerana, komen spam hanya masuk pada artikel yang telah didominasikan oleh Search Engine.

Caranya, anda cari bahagian “Other Comment Setting” dan buat pilihan anda sendiri. Rujuk gambar di bawah.

Setting yang saya tunjukkan di atas bermaksud, apabila artikel tersebut berumur 1000 hari, secara automatik ruangan komen akan di tutup.

Tetapi pada setting ini, saya tidak buat pada blog saya. Saya biarkan artikel lama masih juga boleh dikomen. Ini hanya tutorial. Jika anda berhajat, boleh ikut bahagian ke-4 ni.

5. Pasang Anti SPAM plugin

Antara Anti SPAM plugin yang popular adalah Akismet. Akismet adalah plugin perkhidmatan yang menapis komen spam. Setakat ini yang saya guna Akismet adalah antara yang terbaik.

Tetapi ada beberapa lagi plugin Anti SPAM yang boleh anda pasang. Saranan saya cuma pilih satu sahaja.

Keseluruhan

Spam tiadak akan dapat dibendung 100% tetapi ia dapat dikurangkan. Bagaimana cara nak kurangkan SPAM? Ikut tutorial seperti yang saya tunjukkan di atas.

Jika anda rasa perkongsian saya ini menarik, boleh isi nama dan emal anda untuk melanggan artikel dari blog ini secara percuma. Ia terus ke eMail anda.

5,209 total views, 1 views today