Pada artikel yang sudah lepas, saya ada tulis dua artikel mengenai cara untuk kurangkan komen spam pada blog wordpress. Jika anda mahu baca, boleh cari di search dengan kata kunci “SPAM”.

Pada artikel kali ini pula, saya akan lebih specifikkan kepada anda plugin mana yang anda harus gunakan untuk kurangkan komen spam pada blog anda.

Plugin Ini Mampu Kurangkan Komen Spam Dengan Berkesan

  1. Pertama sekali anda perlu install plugin yang bernama “Growmap Anti Spambot Plugin”
  2. Cara nak install anda perlu masuk ke Plugins >>> Add New lepas itu anda search “Growmap Anti Spambot Plugin”
  3. Klik install dan aktifkan ia.
  4. Siap!

Itu saja. Mudah dan senang.

Bagaimana plugin ini berfungsi?

Apabila ada seseorang yang ingin meninggalkan komen di dalam blog anda, mereka akan klik dahulu pada kotak “Confirm you are NOT a spammer”. Jika mereka menggunakan robot atau software untuk meninggalkan komen, mereka tidak akan lepas pada bahagian ini. Hanya manusia sebenar sahaja yang bolh tekan pada kotak tersebut.

Namun, ini tidak 100% dapat mengurangkan SPAM pada blog anda. Tetapi ia mampu menapis banyak komen-komen spam pada blog anda.

832 total views, 1 views today