Cara Effektif Uruskan Akaun Email Yang Banyak | Tidak di nafikan sebagai seorang peniaga, penjual dan usahawan secara online akan ter”create” banyak akaun email tanpa di sedari. Ada Gmail, Yahoo, Outlook, Rocketmail dan banyak lagi. Jika di padam pula, akan timbul rasa tidak kena. Jadi nak tak nak, terpaksalah kena “pelihara” akaun email yang banyak.

Contoh email yang anda ada:

  • jika@yahoo.com
  • baju2u@yahoo.com
  • gilagila@gmail.com
  • pasarmalam@rocketmail.com
  • hantutoyol@ymail.com

Jujur anda jawab. Mampu ke nak login dan kesemua email ni? Tentu tidak bukan? Kecuali anda upah orang lain dan membazirkan duit anda.

Anda jangan risau kerana di sini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara nak uruskan akaun email yang banyak dengan cara effektif. Dengan cara ini, anda tidak perlu untuk login akaun email satu persatu kerana dalam tutorial kali ini saya akan tunjukkan kepada anda untuk cipta “Master Log-in” untuk semak kesemua email anda.

Tanpa buang masa, mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana cara nak uruskan akaun email dengan cara yang efektif ni.

Langkah 1: Mesti ada akaun Gmail

Pada langkah ini, anda mesti create satu akaun gmail. Untuk create akaun gmail, anda boleh cuba sendiri bagaimana nak create akaun gmail. Jika anda dah ada akaun gmail, pilih salah satu akaun gmail anda untuk dijadikan sebagai “Master eMail”.

Langkah 2: Setting

Login ke dalam akaun gmail anda. Lepas itu cari bahagian SETTING >>> ACCOUNTS >>> Send email as >>> Add another email address you own.

Lihat gambar di bawah final destinasi daripada langkah 2 ini:

Gambar di atas menunjukkan beberapa buah akaun email yang saya manage dalam satu akaun Gmail sahaja.

Langkah 3: Klik “Add another email address you own”

Klik saja “add another email address you own” dan ia akan bawa anda ke pop up yang berikut.

Langkah 4: Klik “Send Verification”

Selepas itu, anda perlu klik “Send Verificaion” untuk menghantar satu link conformation ke dalam email anda.

Langkah 5: Klik Confirmation dalam email

Selepas itu, anda masuk dalam email anda. Email yang mana? Seperti contoh di atas, saya akan masuk ke email masterbiz11[at]gmail.com untuk sahkan bahawa email ini akan di managekan kedalam email yang lain tanpa perlu login email ini lagi.

Selesai untuk tutorial kali ini.

Untuk pengetahuan anda sekali lagi. Dengan menggunakan cara ini, anda tidak perlu login ke akaun email anda satu persatu lagi. Hanya dengan satu akaun gmail, anda mampu untuk uruskan 50-100 akaun email yang anda ada.

Kalau ada yang terkurang, boleh tinggalkan komen di bawah. Sekian.

2,625 total views, 1 views today