Sedang anda melayari instagram dan terlihat gambar yang comel dan lawa, sudah pasti anda berasa ingin savenya di dalam simpanan anda. Namun, perkara yang menyakitkan hati di instagram adalah gambar tidak mudah untuk di download kerana instagram ingin menjaga privasi pengguna katanya.

Namun di sini, saya tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh download gambar di instagram tanpa ada halangan.

Sebelum saya meneruskan tutorial cara download gambar di instagram, di sini saya sukacita untuk memberitahu anda bahawa hampir kesemua kemudahan website untuk download gmbar di instagram sudah tidak berfungsi.

Satu lagi. Tutorial ini saya tunjukkan jika anda hanya menggunakan PC anda saja. Jika anda nak download gambar di instagram guna smartfon anda, anda boleh cari di apps store atau play store dan taip “save instagram”. Anda akan diberikan banyak pilihan apps yang boleh anda gunakan untuk download gambar di instagram menggunakan smartfon.

Cara Download Gambar Di Instagram

Berikut merupakan cara download gambar di instagram.

Langkah 1

Anda pergi ke profile orang yang anda inginkan gambar tersebut. Sebagai contoh: https://www.instagram.com/XXXXX. Gantikan XXXXX dengan username orang tersebut. Contoh penuh: https://www.instagram.com/seriusmedia

Langkah 2

Anda right click pada gambar yang anda ingin download tersebut dan anda akan lihat “open link in new tab”. Klik padanya sehingga ia keluar gambar yang anda ingin download saja.

Langkah 3

Apabila keluar gambar yang anda ingin download tersebut, anda right click pula pada gambar tersebut sehingga anda nampak “View page source”. Klik padanya.

Langkah 4

Ya! Anda akan lihat satu code dan anda mungkin pening melihatnya. Jangan risau. Ianya hanya element code saja. Di sinilah anda akan jumpa link untuk download gambar di instagram.

Caranya, anda Ctrl+F di komputer anda, dan anda taip “jpg”. JPG ni adalah format gambar yang tersimpan di dalam instagram.

Kemudian, anda akan jumpa link pertama yang format “JPG” dan link tersebut adalah link gambar untuk anda download.

Contoh link tersebut adalah seperti berikut : https://scontent-kul1-1.cdninstagram.com/t51.2885-15/s750x750/sh0.08/e35/13628251_492562250935018_1713224635_n.jpg

Anda cuba copy paste link tersebut dan anda akan lihat satu gambar saja.

Langkah 5

Selepas itu, anda right click sekali lagi pada gambar tersebut dan anda akan lihat “Save image as”. Klik padanya dan gambar tersebut akan tersimpan di dalam PC anda.

Siap!

1,425 total views, 4 views today