Buat duit dengan blog pada masa kini ia bukan lagi satu mitos! Tetapi ada adalah satu benda yang wujud di alam nyata. Sebelum saya berblogging dahulu, saya juga selalu fikir bagaimana nak buat duit dengan blog? Betul ke blog boleh buat duit? Betul ke blog boleh jana wang secara automatik?

Begitulah reaksi saya dahulu sebelum berblogging. Tapi saya ni jenis tak suka fikir banyak tanpa buat dulu. Yang penting saya ambil tindakan dahulu dan terus buat. Dan hasilnya alhamdulillah.Boleh la buat makan tiap-tiap bulan.

Harapan saya kali ini, lepas anda membaca artikel ini, saya harap anda terus buat satu blog untuk anda jana duit melaluinya kerana saya sudah berikan anda guide cara dapatkan nama domain dan hosting di sini.

Cara Dapatkan Nama Domain Dan Hosting

Untuk permulaan, saya cadangkan kepada anda pilih domain dan hosting dari syaraikat NetKL. Syarikat ini saya telah berurusan selama setahun lebih dan saya berpuas hati dengan segala layanan dan respon yang cepat jika saya hadapi masalah. Jadi saya tak nak anda berfikir panjang. Terus KLIK SINI untuk dapatkan domain dan hosting.

Cara-cara nak dapatkan domain dan hosting pula, sila ikuti tutorial di bawah.

#Langkah 1

Pergi ke NetKL atau klik di sini. Kemudian anda akan dibawa ke halaman seperti yang berikut dan klik pada bahagian “Registration” untuk melakukan pendaftaran.

#Langkah 2: Klik Pada Webhosting

Pada halaman yang sama, anda scrool ke bawah dan lihat seperti gambar rajah di bawah. Klik Order Now!

#Langkah 3: Pilih Pakej

Pada bahagian ini, anda perlu pilih pakej anda yang anda bajet website apa yang anda nak buat. Di sini ada beberapa pakej seperti mySilver, myGold, myPlatinum dan sebagainya. Saya sarankan untuk anda pilih mySilver untuk permulaan. Boleh upgrade selepas ini jika mahu.

Klik “Order Now!”

#Langkah 4: Pilih Nama Domain Anda

Pada bahagian ini, masukkan nama blog anda dan pastikan ia available. Dan juga pastikan anda berada di kawasan bertanda “I want NetKL Hosting to register a new domain for me.

Kemudian klik “Click to Continue”

Jika nama domain anda ada masalah, anda perlu masukkan semula nama domain anda. Jika nama domain anda tiada masalah, anda akan lihat mesej seperti di bawah.

Kemudian anda perlu klik sekali lagi “Click to Continue”

Penerangan:
1) .com adalah bermaksud commercial dan ia adalah extension universal. Bermakna ia sesuai untuk digunakan mana-mana laman web.
2) .net adalah bermaksud network.
3) .biz bermaksud business
4) .org bermaksud organizational
5) .info bermaksud information
6) .my extension khas untuk Malaysia sahaja

#Langkah 5: Product Configuration

Pada bahagian ini anda tidak perlu buat apa-apa. Klik saja pada butang “Add to Cart”

#Langkah 6: ID Protection (Pilihan)

Selepas itu anda akan ke halaman seperti di bawah. Klik tanda pada “ID Protection”. ID protection ini adalah berbayar RM10 setahun. Ia adalah untuk menjaga keselamatan nama domain anda. Untuk mengetahui lanjut, klik “More Info”

Lepas itu, klik “Update Cart”

#Langkah 7: Diskaun

Selepas itu anda akan lihat pada bahagian seperti laman di bawah. Untuk dapatkan diskaun, masukkan code “diskaun” di dalam kotak promotional code. Kemudian klik Validate Code untuk anda dapatkan harga murah.

Berikut merupakan gambar rajah selepas anda dapatkan diskaun.

Kemudian klik pada Checkout.

#Langkah 8: Masukkan Maklumat Anda

Masukkan maklumat anda jika anda belum lagi mendaftar di NetKL.

#Langkah 9: Pilih Cara Pembayaran

Saya syorkan anda pilih cara pembayaran bank. Jika anda bayar secara bank online, copy semua maklumat pembayaran anda dan tunjukkan kepada mereka. Jika anda guna mesin deposit ATM, simpan slip tersebut.

Anda perlu klik dahulu Complete Order. Selepas itu baru anda buat pembayaran dan tunjukkan bukti pembayaran anda kepada mereka.

Siap!

Semoga anda tidak terpinga-pinga lagi bagaimana nak dapatkan nama domain.

361 total views, 2 views today