Pernah dapat cek dari luar negara? Tahu tak cara nak cairkan cek tu macam mana? Jika tak tahu, mari saya ceritakan sikit langkah demi langkah nak tuntut cek dari luar negara.

Perkara yang pertama, anda mesti pastikan bahawa anda bawa cek tersebut di cawangan bank yang anda buka pada pertama kali. Sebagai contoh anda buka akaun bank CIMB di daerah Kangar. Anda mesti bawa cek tersebut ke cawangan CIMB kangar kerana di cawangan lain cek anda tidak dapat diterima.

Selepas anda bawa cek anda tersebut, anda terus ke kaunter pertanyaan dan minta deripada mereka nak satu slip untuk tuntut cek tersebut. Dalam slip tersebut anda perlu isikan nama anda, nombor akaun bank anda dan sebagainya. Jika anda tidak yakin, tanya saja pada kaunter pertanyaan bagaimana nak keluarkan duit dari cek tersebut.

Selepas anda siap isi dalam slip tersebut maklumat yang diperlukan, terus ke kaunter. Tak perlu ambil nombor giliran. Tapi anda perlu tanya dahulu di kaunter pertanyaan di kaunter mana yang perlu anda hantar slip tersebut.

Siap. Itu sahaja. Jangan lupa. Anda lepas hantar slip tersebut jangan terus tinggalkan kaunter. Anda perlu ambil salinan slip yang anda isi tadi sebagai bukti jika ada masalah yang berlaku. Sila simpan salinan slip tersebut. Cek tadi pihak bank akan ambil.

Untuk pengetahuan anda, cek luar negara biasanya mengambil masa 3 minggu hingga satu bulan. Paling lama adalah dua bulan tetapi bagi saya itu adalah tidak normal. Jika dalam masa sebulan anda masih belum terima apa-apa dari cek anda, terus pergi ke bank dan tanya kepada mereka. Jangan lupa tunjukkan salinan slip tersebut kepada mereka.

Harap dengan artikel ini, dapat bantu anda menjawab beberapa persoalan dan persediaan untuk anda untuk tuntut cek yang anda terima dari luar negara.

279 total views, 1 views today