Cara Buat Website Sendiri | Jika dibandingkan dengan mana-mana platform buat website yang lain, wordpress adalah antara yang paling mudah dan senang nak hasilkan sesebuah website atau blog.

Bukan itu saja, dengan wordpress anda boleh hasilkan sendiri reka bentuk website yang anda mahu tetapi di sini anda memerlukan kemahiran program yang sangat tinggi. Cadangan daripada saya, beli saja tema rekabentuk atau dapatkan percuma di internet. Tetapi anda perlu ingat, tema yang percuma selalunya membawa banyak masalah.

Penting ke mempunyai kemahiran ni? Mempunyai kemahiran diri dalam menghasilkan sesebuah website adalah satu kelebihan bagi anda. Contohnya anda boleh buat servis pemasangan website dan jana duit yang banyak melaluinya.

Tutorial pada kali ini saya ingin sampaikan tentang cara buat website paling mudah. Step by step akan ditunjukkan supaya anda mudah untuk mengikutinya.

Sebelum anda ikuti tutorial ini, pastikan anda sudah beli nama domain dan hosting anda sendiri. Untuk cara-cara memilih nama domain dan hosting anda sendiri, sila baca review sy di sini.

Di sini saya akan tunjukkan kepada anda dua cara pemasangan wordpress, iaitu pemasangan melalui cPanel dan juga pemasangan secara manual.

a. Pemasangan Melalui cPanel

Langkah 1

Dalam langkah pertama ini, anda perlulah dahulu login ke cPanel anda. Maklumat login cPanel anda boleh lihat dalam email. Selepas saja anda login ke cPanel, cari menu yang bertajuk “Software/Services” dan klik pada softaculous.

Langkah 2

Sebaik saja anda klik pada, softaculous, anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah. Klik pada logo wordpress.

Langkah 3

Selepas anda klik pada logo wordpress, anda akan di bawa ke halaman yang berikut. Sila lihat penerangan pemasangannya di bawah.

Langkah 3A

Penerangan

1: Pilih http:// sahaja, melainkan jika anda gunakan SSL, pilih https://

2. Nama domain anda. Jika anda letakkan subdomain, pilih nama subdomain yang anda ingin pasang sebagai blog atau website.

3. Sila “Delete” directori “wp”

4 dan 5. sila tinggalkan default.

6. Tuliskan nama blog anda.

7. Tagline untuk blog anda,

8. Jangan tandakan tick melainkan jika anda ingin buat Multisite. Untuk penerangan multisite, boleh baca penerangannya.

Langkah 3B

Penerangan

1. Sila pilih nama username untuk login ke akaun web anda. Pilih yang susah untuk diteka.

2. Sila pilih kata laluan atau password yang paling kuat dan susah untuk di teka.

3. Masukkan email utama untuk digunakkan dalam web atau blog anda kelak.

4. Pilih saja language “English” atau ikut suka anda.

5. Jangan tandakan tick untuk elakkan anda mendapat susah. Fungsi ini bertujuan untuk keselamatan di mana jika anda tersalah masukkan password atau username sebanyak tiga kali, wordpress anda tidak akan dapat login untuk sementara waktu.

6. WAJIB. Bahagian ini, sila masukkan email aktif anda untuk penghantaran maklumat tentang pemasangan blog atau website anda. Ini sangat berguna jika berlaku kecemasan. Pastikan email anda betul.

Selepas itu anda klik Install. Siap!

b. Pemasangan Blog Secara Manual (akan datang)

Kesimpulan

Nak pasang blog sendiri ni senang saja sebenarnya jika kita ada kemahiran dan tunjuk ajar dari orang lain, tetapi nak ubah rekabentuk blog sedia ada yang mengikut citarasa kita tu yang sukar sikit. Ok, setakat ini saja perkogsian saya dulu.

Jika ada apa-apa saja pertanyaan sila tinggalkan komen di bawah dan saya akan jawab.

Upah Bina Website

222 total views, 2 views today