Kekemasan blog bukan saja disukai oleh pelawat yang membaca artikel dalam blog anda, malah ia boleh memberikan kesan yang positif bagi rangkin SEO di google.

Apa salahnya jika kita tambah sedikit animasi dalam blog agar ia kelihatan lebih menarik.

Cara Buat Tag Cloud Yang Cantik Pada WordPress

Bagi anda yang meminati hias2 blog, mari ikuti tutorial ni. Saya yakin blog anda akan bertambah meriah lagi lepas ni. Sebelum tu mari kita preview dahulu apa tujuan anda buat ni.

Lihat print screen di bawah atau lihat sini untuk LIVE.

#1. Install

Mula-mula, anda perlu install plugin. Pergi ke Pluguin >>> Add New >>> dan search “WP Category Tag Cloud”. Kemudian klik install dan aktifkan plugin tersebut.

#2. Setting

Lepas anda aktifkan, anda perlu setting pada bahagian widget supaya ia terpapar di sisi blog anda. Jika anda belum setting, ia tidak akan dipaparkan.

Caranya, pergi kebahagian “Widget” dan cari widget “Category Tag Cloud”. Kemudian anda drag and drop pada sidebar. Kemudian tu pula, pada bahagian format, anda setting “3D HTML5 Cloud”. Ini yang penting.

Klik Save. Siap!

LIVE anda boleh lihat di sini.

1,240 total views, 1 views today