Sticky Widget Sidebar | Dalam blog anda ada satu artikel yang sangat panjang. Apabila pelawat yang datang baca dan scroll ke bawah, bahagian sidebar anda kosong. Pernah tak anda terfikir bagaimana nak atasi kekosongan pada bahagian sidebar dalam blog wordpress anda?

Hari ini saya nak tunjukkan kepada anda bagaimana nak buat “sticky widget” dalam blog wordpress supaya bahagian sidebar anda tidak kelihatan kosong apabila scroll ke bawah.

Sebagai contoh, anda ingin sentiasa nampak iklan anda di bahagian sidebar walaupun pelawat scroll ke bawah.

Untuk atasi masalah ini, anda boleh gunakan plugin daripada Q2W3 Fixed Widget di mana anda boleh pilih widget yang mana anda ingin sentiasa dilihat oleh pelawat.

Sebelum anda pasang plugin ini, mari kita lihat kelebihan plugin ini dipasang pada blog.

  1. Jika anda menyertai program Google Adsense, ia dapat meningkatkan CTR
  2. Gunakan untuk meningkatkan mailing list anda.
  3. Blog nampak kemas dan tersusun.

Dan banyak lagi sebenarnya.

Cara Nak Pasang

1. Pergi ke Dashboard >>> Plugins >>> Add New

2. Cari Q2W3 Fixed Widget.

3. Klik Install dan aktikan ia.

4. Lepas anda aktif sila settingkan ia pada bahagian Appearance >>> Fixed Widget Option

Cara Nak Pilih Sticky Widget

Untuk pilih widget yang anda ingin stick, sila pergi ke bahagian Widget dan pilih widget mana anda ingin sentiasa dilihat oleh pelawat pada bahagian sidebar. Klik Fixed widget seperti gambar di bawah.

Tahniah! Anda dah siap buat nampak bahagian sidebar anda nampak lebih kemas. Untuk demo, cuba anda scroll ke bawah pada artikel ini dan anda perhatikan pada bahagian kanan sidebar. Apa yang anda nampak? 🙂

Suka artikel ini? Subscribe untuk terima lebih tips wordpress.

2,021 total views, 4 views today