Cara Buat Duit Di iLancee.com | Saya rasa ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan website seakan-akan Fiverr di Malaysia ini. Sejak pertama kali dilancarkan pada 11 Mei yang lalu, sebanyak 30 hingga 40 ahli telah berdaftar dan ada di antara mereka telah pun membuat jualan di sini.

Jika anda nak tahu website mana yang saya maksudkan, anda boleh pergi ke iLancee.com. Setakat ini, rekod jualan yang berlaku di iLancee.com adalah sebanyak 81 gigs telah terjual.

Sebelum saya pergi ke tajuk yang asal iaitu bagaimana nak buat duit di iLancee.com, suka saya untuk terangkana bagaimana asal usul iLancee.com ni wujud.

iLancee asal dari perkataan “I Freelancer” atau dalam bahasa melayunya adalah “Saya menawarkan perkhidmatan bebas”.

Idea untuk membinanya pula adalah asal daripada laman web Murahnya.my tetapi sekarang laman web tersebut tidak dapat lagi diselamatkan kerana telah di hack oleh negara luar. Untuk menggantikan laman web tersebut, jadi saya telah mengupah seseorang programmer dari luar negara untuk membinanya dengan kos yang agak tinggi!

Cara Buat Duit Di iLancee.com

Bagaimana nak buat duit di iLancee.com? Sebelum itu anda mesti tahu apakah barang yang boleh dijual di iLancee.com. Untuk pengetahuan anda semua, samaada barang, servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini semuanya dipanggil gigs. Jadi jika saya sebut gigs harap anda semua faham.

1) Tiga Jenis Gigs Yang Boleh Dijual

  • Servis/Perkhidmatan/Kemahiran
  • Barang Fizikal
  • Produk Digital

a. Servis/ Perkhidmatan/Kemahiran

Servis ini macam-macam anda boleh buat. Contohnya buat servis menulis, buat servis bina blog, servis buat kertas kerja untuk budak universiti, servis edit gambar dan sebagainya. Kalau semuanya tak ada kemahiran, cuba ambil satu kemahiran dan fokus. Contohnya belajar edit gambar dan jika anda mahu belajar boleh lihat di Belajaradobe.com.

b. Barang Fizikal

Di iLancee.com juga ada  buat jualan beli barang fizikal tetapi untuk jual beli barang fizikal ni, barang tersebut hendaklah mempunyai kadar keuntungan yang tinggi kerana setiap barang yang terjual, sebanyak 20% daripada jualan barang tersebut adalah milik pihak iLancee.com.

c. Produk Digital

Produk digital dan servis adalah antara yang saya galakkan jika ingin buat duit di Ilancee.com. Contoh produk digital di sini adalah seperti ebook, dan software-software dengan lesen hak jual semula jika anda. Jika anda ada gambar grafik dan design juga boleh turut dijual di sini daripada duk berhabuk di dalam komputer anda lebih baik ambil inisiatif untuk jualkannya.

Ok, itu saja untuk jenis-jenis produk yang boleh dijual di iLancee.com. Jika anda dah tahu jenis produk apa dan idea yang boleh dijual di iLancee.com, seterusnya anda dah boleh ambil tindakan dan cuba buat sesuatu untuk dapatkan jualan pertama anda.

2. Sertai Pay Per Lead (PPL) iLancee.com

Selain daripada anda buat duit dengan jual design dan sebagainya, iLancee.com juga ada buat program Pay Per Lead di mana setiap ahli yang berdaftar melalui link affiliate anda, anda akan mendapat bayaran sebanyak RM0.50 untuk setiap ahli.

Bayangkan jika anda mampu bawa sebanyak 100 ahli dan anda dah boleh jana sebanyak  RM50 secara percuma. Cukup mudah bukan? Mereka daftar melalui link affiliate anda dan anda akan mendapat bayaran.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang program Pay Per Lead iLancee.com ini, anda boleh baca artikel lepas yang telah saya tulis di sini – Jom Sertai PPL iLancee.com.Signup

Semoga sama-sama kita dapat buat di internet dengan cara lebih mudah dan lebih santai. Jom daftar percuma di iLancee.com sekarang.

4,054 total views, 1 views today