Sejak dari dulu sehingga kini, permintaan design logo tidak pernah putus-putus. Ada-ada saja orang akan minta nak design logo untuk bisnes mereka. Tapi akhirnya saya sudah berhenti dari jadi seorang designer dan tumpu kepada blogging, cetak baju dan juga ebay.

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana nak bina logo dengan mudah atau dalam erti kata lain, anda bleh design logo sendiri tanpa perlu upah orang lain dan tanpa perlu guna adobe photoshop.

Caranya mudah saja. Anda gunakan saja software yang dapat generatekan logo untuk anda. Software yang saya maksudkan adalah software Logo Creator.

Bina Logo Dengan Mudah Tanpa Adobe Photoshop

Di bawah ini adalah contoh-contoh logo yang saya hasilkan sendiri tanpa menggunakan Adobe Photoshop. Maaf jika tidak lawa kerana ini hanya untuk demo kepada anda sahaja.

Cantik ke hodoh? Haha…

Ini hanya percubaan saya saja dan nak cepat. Semua ni saya mampu buat tanpa Adobe Photoshop dan tempoh untuk siapkannya hanya mengambil masa selama 20-30 minit kesemuanya. Jadi kalau hodoh tu saya minta maaf la ye.

Sebenarnya dalam Software Logo Creator ni mempunyai beratus-ratus templete dan setiap satu templete logo anda boleh buat sebanyak 1000 logo. Ini kerana setiap templete anda boleh ubah mengikut citarasa anda termasuk gambar, design, warna serta corak.

Menarik ke tak menarik?

Semuanya atas pilihan anda.

Buat Duit Dengan Logo

Jika sebelum ini anda kurang mahir dalam penggunaan adobe photoshop, apatah lagi nak membina logo dengan adobe photoshop sekarang anda tak perlu bimbang lagi.

Jangan terkejut jika sebelum ini anda tidak pernah sentuh pun adobe Photoshop, tapi dalam masa yang singkat anda boleh buat duit dengan mengambil upah design logo. Cuma apa yang perlu anda ada adalah kretiviti. Jika tak ada kretiviti pun sia-sia juga.

Betul Ke Logo Boleh Buat Duit?

Saya tak suka bercakap kalau tak ada bukti. Jadi di sini saya berikan kepada anda beberapa bukti bahawa nak design logo pun banyak permintaan. Paling menarik ada saya lihat, logo yang buruk pun ada yang nak beli beratus-ratus USD.

Ini antara contoh buat duit dengan design logo.

Bukti 1

Bukti 2

Jika anda perhatikan pada gambar 1 dan gambar 2. Masing-masing mempunyai tempahan menunggu 40 dan 32 tempahan. Tapi saya yakin mereka ni mungkin guna Adobe Illustrator dan juga Adobe Photoshop.

Tapi tidak salah jika anda ingin mencuba nasib dan cuba jana wang ringgit dengan membina logo. Di samping itu juga boleh belajar dan guna untuk diri sendiri.

Cuba anda lihat sekali lagi pada gambar 2 di atas. Design mereka pun biasa-biasa dan ramai pula yang sanggup tempah.

Jadi tak mustahil jika anda pun teringin buat duit dengan bina logo.

Overview Logo Creator

Di bawah ini saya cuba overview sepenuhnya tentang Logo Creator.

Dengan memiliki software yang canggih ini, anda tidak perlukan talian internet untuk buat kerja design logo anda. Anda boleh guna terus tanpa sambungan internet. Jadi jimat kouta anda kerana jika anda buat kerja design dalam sambungan internet boleh makan banyak kouta juga.

Selain itu, anda bukan saja boleh buat logo, tetapi juga anda boleh bina banner timeline. Anda juga boleh bina banner timeline dan juga poster dengan menngunakan software ini.

Contoh pada bahagian dashboard ini anda boleh lihat beratus-ratus templete logo yang telah siap. Seperti yang saya katakan tadi, setiap templete anda boleh edit beribu-ribu logo.

Setakat ini  saja perkongsian daripada saya. Saya dah dapatkannya dan dah lima kali ganda berbalik modal daripada harga software asal. Tapi sekarang saya dah berhenti mendesign.

Jika anda berminat nak bina logo sendiri dan cuba jana pendapatan melalauinya, anda boleh dapatkan di LogoCreator.

8,525 total views, 1 views today