Writer’s block adalah sejenis penyakit kekeringan idea yang biasa dihidapi oleh blogger dan penulis.

Masalah writer’s block bagi blogger adalah perkara yang biasa dan normal. Sebab itu dalam panduan buat duit blog ada mengajarkan kepada anda teknik yang betul sebelum membina blog agar tidak kecundang di separuh jalan. Yang menjadi mangsa rugi adalah anda sendiri.

Kenapa Terjadi Writer’s Block?

Sebelum kita pergi lebih jauh, ketahui dahulu kenapa terjadinya masalah writer’s block?

  1. Buat blog bukan kerana minat tetapi hanya fikir untung semata-mata
  2. Minat yang tidak mendalam
  3. Tidak fokus dengan topik yang dibincangkan
  4. Mempunyai banyak blog dalam satu masa
  5. Kurang ilmu dan pembacaan

Sebenarnya ada banyak lagi. Apa yang diberitahu di atas ini adalah perkara-perkara yang pernah terjadi pada diri saya sendiri.

Bagaimana Nak Atasi Masalah “Writer’s Block”?

Di sini anda boleh cuba atasi masalah writer’s block dengan beberapa cara dan kaedah yang saya sediakan ini. Kaedah dan cara ini jugalah yang selalu saya tekankan jika saya kekeringan idea.

Idea 1: Bina Blog Berdasarkan Minat

Sepatutnya perkara ini adalah perkara terawal yang anda perlu lakukan sebelum membina blog. Anda sudah tahu apakah minat anda supaya anda sentiasa ada idea nak menulis tentangnya.

Contoh anda minat dalam gadjet dan teknologi. Anda mungkin boleh membina satu blog yang berkaitan gadget dan teknologi. Dalam blog tersebut anda beritahu kepada masyarakat dan menyampaikan maklumat terkini tentang teknologi. Saya yakin bahawa anda tidak akan kekeringan idea untuk menulis tentangnya jika berkaitan dengan minat anda.

Jika anda suka memancing, bina satu blog pasal memancing. Dalam blog tersebut anda mungkin boleh tulis pasal jenis joran, jenis ikan dan sebagainya. Anda rasa-rasa jika ia betul dengan minat anda, adakah anda tidak mempunyai idea?

Idea 2: Peka Isu Semasa Melalui Media Sosial

Jika blog anda jenis general atau yang tidak fokus kepada satu niche, anda mestilah sentiasa peka dengan isu-isu semasa. Isu-isu ini anda boleh dapatkan di dalam dada akhbar , majalah-majalah rakan-rakan anda di facebook dan sebagainya.

Bagaimana caranya? Anda baca sehingga faham dan olah sendiri apa yang anda faham tadi dengan ayat sendiri.

Idea 3: Menulis Cerita dan Pengalaman Anda

Setiap hari adalah hari sejarah bagi anda. Ada yang dilalui dengan pahit dan ada yang dilalui dengan manis.

Sebenarnya perkara ini boleh jadikan idea untuk anda menulis dalam blog anda. Hasil dari pemerhatian saya, orang ramai lebih suka membaca cerita atau kisah diri kita sendiri di mana ia mempunyai input seperti pengajaran dan pengalaman kita.

Idea 4:  Tulis Review

Ketika saya tidak ada idea nak menulis blog, apa yang saya buat adalah menulis review tentang produk affiliate yang ada di Klikjer.com. Tidak ramai yang tahu akan idea ini tetapi inilah idea yang saya buat jika benar-benar tiada idea nak tulis blog.

Caranya adalah anda mencari mana-mana produk yang ada di Ashadee.com dan baca ayat jualan mereka. Jika anda berani, cuba dapatkan satu produk yang mereka jual untuk diulas dengan lebih mendalam tentang produk tersebut. Biasanya, jika anda mengulas sesuatu produk yang anda kenal, anda akan lebih mudah mendapat jualan dengan link affiliate anda.

Idea 5: Baca Penulisan Blogger Lain

Di saat anda betul-betul kekeringan idea, cuba melawat blog blogger-blogger yang lain di mana anda boleh baca hasil penulisan mereka untuk mendapat ispirasi dalam penulisan anda. Tetapi awas jangan tiru content tetapi anda boleh tiru tajuk tersebut. Inilah juga antara yang saya buat ketika saya tidak ada idea nak hasilkan artikel terbaru di blog.

Keseluruhan

Kelima-lima idea yang di Utarakan di atas adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri bagaimana cara nak atasi apabila satu ketika berasa blank untuk menulis artikel terbaru di blog.

Pernah saya terbaca dalam satu blog untuk atasi masalah ini adalah dengan mencari kata kunci dan buat survey. Bagi saya teknik ini kurang berkesan kerana jika survey dan katakunci yang anda buat tidak menepati citarasa anda. Bagaimana anda boleh mengarang sesuatu artikel itu dengan terbaik jika anda tidak minat?

Walaubagaimanapun ini semua adalah idea masing-masing dengan cara tersendiri. Jika anda ada idea yang lain, boleh tinggalkan komen di bawah. Sama-sama share idea.

Sekian. 🙂

469 total views, 2 views today