Seperti kita tahu, iPhone hanya terdapat 3 saja pilihan ruangan memori iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Kesemua memori pada iPhone tidak dapat ditukar ganti dan jika anda nak upgrade ruangan memori terpaksa membeli sebuah iPhone lagi. Ia tidak sama dengan telefon android di mana anda boleh menukar memori sesuka hati anda.

Cara Atasi Masalah iPhone Kekurangan Ruangan Memori

Anda pengguna iPhone? Jika anda seorang pengguna iPhone, jom baca artikel ini. Semoga ia dapat membantu anda mengatasi masalah kekurangan memori pada iPhone.

#1. Padam Teks Mesej Yang Tidak Berguna

Anda jangan ingat bahawa teks mesej tidak memberikan kesan kepada memori telefon anda. Saya tidak maksudkan Wechat, Telegram, Whatsapp dan Mesengger FB kerana ia disimpan di dalam server mereka. Tetapi yang saya maksudkan adalah mesej biasa yang ada pada semua telefon. Padamkan mana-mana mesej yang tidak berkenaan untuk mengurangkan penggunaan memori telefon anda.

Walaubagaimana pun mesej yang ada di Wechat, Telegram, Whatapps dan Mesengger tidak akan menganggu ruangan storage iPhone anda, tetapi anda perlu juga optimasikan ia. Dalam iOS8, anda boleh buat tetapan untuk memadam mesej secara automatik dalam masa tempoh yang anda tetapkan. Caranya…

#2. Pindah Data Ke Tempat Lain

Tiada cara lain yang lebih berkesan. Jika rungan memori iPhone anda terlalu penuh, anda boleh alihkan data atau file yang anda simpan ke tempat lain misalnya external hardisk.

Untuk transfer dengan lebih cepat dan pantas, saya cadangkan anda gunakan i-Flash OTG Pendrive External Storage for iOS iaitu external memori khas untuk iPhone.

#3. Tutup Fungsi HDR Kamera

Fungsi HDR pada kamera akan membuatkan gambar yang kita ambil lebih jelas dan cantik. Ini kerana resolusinya yang tinggi akan menampakkan sesuatu gambar itu jelas dan cantik. Akan tetapi, resolusi yang tinggi juga akan membuatkan saiz gambar anda bertambah besar dan ia boleh memakan banyak ruang memori pada telefon anda.

Untuk tutup fungsi HDR, anda perlu ke SETTING >>> PHOTO AND CAMERA DAN PILIH “KEEP NORMAL PHOTO”

#4. Delete Applikasi Yang Jarang Digunakan

Buat apa simpan sesuatu yang tidak berguna di dalam telefon. Buang saja sesetengah applikasi yang jarang anda gunakan supaya ia lebih jimat menyimpan ruangan memori telefon anda.

Saya percaya bukan semua anda gunakan applikasi yang ada pada telefon.

#5. Clear Cache Browser

Setiap laman web yang anda layari, web broser anda (google/safari) akan menyimpan cache di dalam memori telefon anda. untuk itu, anda harus clearkan cache ini.

Jika anda guna google, anda pergi ke SETTING >>> HISTORY >>> CLEAR BROWSING DATA

Jika anda guna safari, anda pergi ke SETTING >>> SAFARI >>> DAN TAP PADA CLEAR COOKIES

#6. Tutup Fungsi Auto-Save Picture Instagram

Jika anda selalu guna instagram untuk post gambar anda, anda perasan tak bahawa di dalam file photo anda akan tersimpan foto yang anda upload gambar di instagram anda. Ini akan menyebabkan rungan memori telefon anda cepat habis.

Caranya, pergi ke setting do dalam akaun isntagram anda, dan tutup fungsi “Save Original Photo”

#7. Optimasi Gambar Anda

Dalam operasi iOS8, sistem membenarkan anda menyimpan gambar dan video dalam resolusi rendah dalam iPhone anda. Namun jangan risau, file resolusi penuh akan disimpan dalam akaun iCloud anda. Untuk cara ini, anda boleh terus ke Settings > Photos & camera > Optimize phone storage dan anda akan lihat pilihan tersebut.

6,875 total views, 1 views today