Pernah tak anda mengalami masalah blank page pada blog wordpress anda? Apabila anda taip URL blog anda secara tiba-tiba saja blog anda jadi kosong putih.

Salah satu sebab utama terjadi begini adalah kerana mungkin anda terinstall pelbagai plugin yang sudah tidak dikemaskini menyebabkan tema blog wordpress anda menjadi Corrupt dan seterusnya menyebabkan blog anda menjadi blank page.

Apabila terjadi blank page, keseluruhan link pada blog anda akan menjadi rosak dan pada bahagian dashboard admin anda tidak dapat di akses.

Saya ingin kongsikan tutorial ini kerana sudah dua kali client yang pernah buat website menghubungi saya bahawa website mereka menjadi blank page secara tiba-tiba.

Di sini hanya ada satu cara saja yang saya tahu bagaimana nak atasi masalah blank page pada blog worpdress anda. Anda hanya boleh selesaikan melalui FTP filezilla.

Cara Nak Atasi Blank Page Dalam Blog WordPress

1. Anda login website anda dalam FTP FileZilla. Jika anda belum ada perisian FTP filezilla boleh download terlebih dahulu di laman web rasmi FTP Filezilla.

Jika anda dah ada perisian ini, abaikan saja bahagian ini. Di sini saya tidak tunjukkan cara nak install perisian tersebut. Anda boleh install sendiri.

2. Selepas itu anda install masuk, sila pergi ke path /public_html/wp-content/themes dan padam tema asal yang telah anda gunakan. Tema tersebut telah rosak. Jadi anda perlu padam terlebih dahulu.

Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas dan lebih faham.

Cara nak login ke FTP Filezilla.

Dan cari pada path berikut:

3. Lepas anda delete tema yang asal anda gunakan, sila donwload tema default wordpress. Tema default untuk wordpress adalah TwentyTen. Download di sini.

Pastikan anda ingat di mana anda download tema tersebut supaya mudah nak cari nanti.

Lepas itu anda upload tema TwentyTen supaya blog wordpress anda secara automatik dapat aktifkan tema blog anda sebelum ada tukar kepada tema yang asal.

Hanya tema TwentyTen sahaja yang boleh aktifkan tema wordpress anda melalui FTP Filezilla.

4. Selepas itu barulah anda boleh tukar tema seperti biasa di dalam blog wordpress anda kerana semua broken page tadi telah dapat dipulihkan melalui tutorial yang saya tunjukkan di atas ini.

Jika anda ingin lebih banyak tutorial wordpress, sila bookmark ahmadFaiz.com atau subscribe newsletter untuk rujukan anda di masa hadapan.

867 total views, 2 views today