Proses Pemasangan WordPress

 

Untuk pemasangan wordpress ada dua cara iaitu secara Manual ataupun dengan menggunakan Software Softaculus.

Namun, dalam tutorial pada kali ini, saya hanya tunjukkan cara pemasangan dengan menggunakan Softaculus kerana hampir setiap cPanel pada hari ini ada kemudahan ini.

Teknik pemasangan manual sudah jauh ketinggalan sejak zaman 2010 lagi.

Walaubagaimanapun, cara pemasangan manual perlu untuk beberapa kes seperti penyedia hosting tidak menyediakan kemudahan software softaculus dalam cPanel mereka.

Pemasangan Blog Melalui Softaculus

 

Langkah 1: Login ke cPanel Hosting

Taip nama domain anda dan diakhiri dengan /cpanel

Contoh: namablog.com/cpanel

PENTING: Anda hanya dapat melakukan langkah ini setelah anda membeli nama domain dan hosting yang saya telah ajar sebelum ini.

 

Anda akan lihat satu halaman seperti gambar di atas kan?

Sila masukkan Username dan Password yang dbekalkan oleh penyedia hosting. Biasanya ia akan hantar maklumat cPanel ke dalam email anda.

Jika anda ikuti tutorial saya di atas bagaimana nak dapatkan nama domain dan hosting, anda boleh lihat screen shot berikut untuk dapatkan info cpanel anda.

 

Langkah 2: Klik Pada Softculus

Sekarang, anda telah berada di bahagian cPanel. Ini adalah pusat kawalan terbesar untuk segala website anda.

 

Selepas itu, anda perlu cari bahagian “SOFTACULOUS APPS INSTALLER”

Kemudian anda klik pada icon “WordPress”

Langkah 3: Klik Install

 

Langkah 4:  Isi Maklumat Blog

 

Jika gambar kurang jelas, sila klik pada gambar untuk pembesaran.

Penerangan;

Nombor 1:  Pada Choose Protokol ni, anda boleh pilih samaada mahu letak www. atau tidak pada website anda. Kedua-duanya boleh anda lakukan. Tak ada masalah.

Tapi pada tutorial kali ini, saya akan pilih untuk letak www.

Nombor 2: Pada Choose Domain ni, pastikan anda pilih nama domain yang anda mahu pasang pada blog anda.

Nombor 3: Pada bahagian ini, jika anda inginkan url blog anda seperti berikut, www.namadomain.com/blog

Sila tambah perkataan “blog” pada ruangan tersebut.

Nombor 4: Untuk Site Name, sila letakkan nama blog yang anda inginkan. Sebagai contoh domain blog anda adalah www.panduanblog.com, anda boleh letakkan nama sebagai “Panduan Blog”

Nombor 5: Anda perlu huraikan sedikit atau tagline yang berkaitan dengan tajuk blog anda. Contoh nama blog anda adalah Panduan Blog, jadi anda boleh masukkan tagline sebagai “Panduan Blog Untuk Rakyat Malaysia”

Nombor 6: Anda tentukan sendiri apakah username yang anda inginkan semasa login blog anda nanti.

Nombor 7: Tentukan sendiri password yang anda inginkan.

Nombor 8: Masukkan email. Saya sarankan untuk anda masukkan email anda yang sedang aktif.

Nombor 9: Pilih bahasa yang anda inginkan pada blog anda. Tapi saya sarankan untuk anda pilih “English”.

Nombor 10: Jika anda ingin limitkan kesalahan login pada blog anda, anda boleh tick pada bahagian ini.

Sebagai contoh. Jika anda tersalah masuk 3 kali maklumat login, sistem akan block sementara blog anda untuk login.

Nombor 11: Tinggalkan kerana ini untuk pengguna “PRO”

Nombor 12: Jika anda ingin pilih design blog anda, boleh pilih di sini. Namun saya sarankan untuk anda tidak berbuat apa-apa pada bahagian ini kerana dalam pakej ini saya sudah sediakan kepada anda satu theme Premium kepada anda yang bernilai USD59.

Nombor 13: Klik pada butang “Install” untuk proses pemasangan blog anda.

Pastikan anda double check terlebih dahulu sebelum klik “Install”.

Jika pemasangan anda tidak ada masalah, anda boleh lihat pada halaman seperti screen shot berikut.

 

SIAP!