Buat Duit Online | Serius! Buat duit melalui blog ni tak best. Saya tahu, yang tidak pernah merasai buat duit melalui online ni hanya fikirkan yang indah-indah saja. Pahit jerih yang dilalui sebelum itu tidak pernah difikirkanya.

Jadi?

Ramailah yang cuba mula buat duit melalui online. Bila dah cuba sebulan, baru rasa best ke tak. Percayalah, lebih 90% akan berputus asa buat duit online nih.

Tak percaya, anda boleh cuba.

Paling lama bertahan pun, mugkin dalam masa setahun. Itu paling lama. Paling sekejap, hanya beberapa hari saja sehingga ke beberapa bulan.

Tidak!

Saya tidak mematahkan semangat anda, tetapi saya cuba menasihati anda supaya berfikir semasak-masaknya dan mengurangkan risiko anda dalam terjebak bisnes online sehingga kerugian.

Antara 7 nasihat ringkas saya untuk anda buat bisnes online termasuk nak menjadi seorang blogger ni adalah:

  1. Jiwa kena kental.
  2. Sanggup berkorban masa untuk beberapa tahun.
  3. Jangan mudah berputus asa.
  4. Minat yang mendalam.
  5. Buat kira-kira bajet. Jangan buat membabi buta.
  6. Mesti ada ilmu atau berguru.
  7. Keberanian.

Huraian untuk nasihat di atas adalah (mengikut nombor):

  1. Anda mesti berjiwa kental kerana banyak cabaran yang mungkin anda hadapi dalam melakukan bisnes online. Antara cabarannya adalah, masalah supplier, masalah buyer, kerugian dalam iklan dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk hadapai semua ini, susah untuk anda kekal dalam bisnes online.
  2. Buat bisnes online atau blogging tidak boleh buat dalam masa sehari atau sebulan. Tetapi anda memerlukan masa untuk beberapa bulan atau tahun untuk anda melihat hasil anda tersebut. Contoh seperti saya dahulu semasa mula terlibat dalam dunia blogging, hanya dalam masa 3 bulan barulah saya dapat merasai duit pertama melalui blog.
  3. JIka sikap mudah berputus asa ada dalam diri anda, ini bermakna anda bukanlah seorang yang berjiwa bisnes. Tinggalkan dan cari kerja lain untuk dapatkan duit.
  4. Buat bisnes atau menjadi seorang blogger mestilah memerlukan minat yang mendalam. Anda tidak boleh sama sekali mengikut orang lain kerana kejayaannya sedangkan anda tidak minat dalam bidang ini.
  5. Buat kira-kira bajet ini adalah penting supaya tiada duit yang bocor setiap bulan. Dengan ini, anda boleh menyimpan duit dengan lebih effektif lagi.
  6. Apa-apa pun yang anda ingin mulakan, anda perlulah mempunyai ilmu. Tanpa ilmu anda boleh tersesat dan gagal. Jadi, carilah ilmu terlebih dahulu samaada membeli ebook, cari guru atau belajar sendiri melalui youtube.
  7. Sikap berani ini juga perlu ada dalam setiap usahawan atau blogger. Kerana dengan keberanian inilah akan mencetuskan idea dan kejayaan pertama anda. Jadi, jangan takut untuk menjadi berani.

Baiklah.

Berbalik kepada tajuk asal kita. Best ke buat duit online ni?

Jawapanya adalah tak best sebab saya nak dapatkan pendapatan secara pasif ini setiap hari saya telah banyak korbankan masa untuk bersama-sama kawan saya sebelum ini.

Namun, jika anda sanggup untuk berkorban, ia akan menjadi sesuatu yang best kepada anda untuk jana duit secara online.

Harap anda mendapat sesuatu yang berguna. 🙂

1,242 total views, 2 views today