Emosi Membunuh Kejayaan | bersambung dari bahagian satuBahagian 1

#8. Saya Tidak Layak Hidup

Dialog ini bahaya jika kita menerimanya 100%. Minda dan badan kita akan bertukar menjadi lemah serta-merta. Apabila mempunyai signal-signal dialog emosi seperti ini, katakan, “Aku mesti cari tujuan hidup aku di dunia ini.”

#9. Saya Memang Dilahirkan Untuk Hidup Susah

Pernah anda dengar pepatah dari Bill Gates bahawa “If you born poor, it’s not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake”

Tidak dinafikan bahawa ada yang bernasib baik bila saja dilahirkan ke dunia ini terus berada dalam keluarga yang kaya raya. Dan ada juga yang tidak bernasib baik bila saja dilahirkan ke dunia terus berada dalam keluarga miskin.

Tapi yakinlah anda bahawa tidak semua yang lahir dalam keluarga kaya akan terus senang dalam hidupnya dan begitulah sebaliknya.

Apa yang penting, kita sendiri hendaklah berusaha mencapai apa yang kita inginkan. Tak kira miskin atau kaya, jika anda berusaha pasti akan ada hasilnya.

#10. Saya Benci Diri Saya

Membenci diri sendiri boleh membawa kepada transformasi diri ke arah yang positif. Dengan syarat, kita benci diri kita kerana bersikap malas. Lalu ia akan bertukar kepada sikap yang lebih rajin.

Benci diri kerana kita sedar tentang kelemahan dan ingin berubah adalah satu dorongan emosi yang baik.

#11. Hidup Saya Tidak Akan Berubah

Situasi ini biasanya berlaku apabila kita menghadapi kegagalan bertubi-tubi. Ambil dari satu sudut yang positif bahwa tuhan ingin kita berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Berusaha walaupun anda gagal berkali-kali. Jika anda membaca kisah orang pembuat mentol, kegagalanya lebih daripada seribu kali. Namun pada hari ini, berjuta-juta manusia telah manfaatkan ciptaanya tersebut.

#12. Saya Takut Saya Buat Sekerat Jalan

Belum betindak sudah mengalah. Dialog ini adalah normal untuk mereka yang suka berfikir-fikir dan terlalu lama merancang kejayaan. Buang sikap ini dengan mengatakan, “Saya mesti buat sampai habis”

#13. Saya Tidak Boleh Siapkan

Sentiasa cari jalan untuk siapkan kerja atau mengecapi matlamat. Apabila menemui kebuntuan, lihat keadaan sekeliling. Pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan alat untuk membantu kita.

Paling tidak, hubungi mentor atau guru dan minta mereka berikan nasihat yang terbaik untuk mencapai kejayaan.

 

1,286 total views, 2 views today