Emosi Membunuh Kejayaan | Emosi positif membawa hasil yang positif. Emosi yang negatif akan membawa hasil yang negatif. Inilah realitinya dalam hidup kita. Sebab itu mana-mana pakar motivasi sekali pun akan beritahu hal yang sama iaitu anda mesti sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan sekalipun.

Untuk berubah menjadi lebih produktif, hebat, kaya dan berjaya, anda hendaklah sentiasa berada dalam keadaan positif samaada keadaan sekeliling, kawan mahupun fikiran dan emosi.

7 Emosi Membunuh Kejayaan (Bahagian 1)

Berikut adalah tujuh senarai emosi yang membunuh kejayaan anda.

#1. Saya Tidak bagus

Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Emosi seperti ini akan meragui kuasa tuhan yang mengurniakan kita kehidupan di muka bumi ini.

Lihat kembali dan kaji diri kita sendiri. Kenal pasti kekuatan dan potensi diri untuk digunakan sebagai landasan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

#2. Bolehkah Saya Berjaya?

Kejayaan adalah definisi yang subjektif bagi setiap individu.  Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai persepsi yang berbeza mengenai kejayaan.

Kejayaan bagi anda tidak sama kejayaan bagi orang lain. Kejayaan orang lain, tidak sama dengan kejayaan anda. Jadi, tiada siapa dikatakan tidak berjaya. Semuanya berjaya tetapi berdasarkan potensi masing-masing.

Jadi di sinilah pentingnya untuk anda kenali potensi anda. Jangan bermimpi ulat nak jadi naga.

#3. Saya Rasa Saya Tidak Boleh Buat

Emosi seperti ini biasanya bangkit di saat kita sudah bertindak. Ia muncul di pertegahan jalan untuk mematikan hasrat kita mencapai impian. Apa yang boleh kita lakukan adalah mendisiplinkan diri untuk menyiapkan sesuatu yang sudah bermula.

Disiplin ini adalah prinsip penting bagi orang nak berjaya. Orang berjaya biasanya akan habiskan apa yang telah mereka lakukan walaupun terpaksa harungii pelbagai halangan dan rintangan.

#4. Saya Tidak Boleh Bermula

Sesuatu kejayaan bermula dengan “tindakan”. Tindakan pula bermula dari “bermula”. Tanpa permulaan anda tidak akan melakukan apa-apa tindakan dan tanpa tindakkan anda tidak akan mendapat apa-apa hasilnya pun.

Jadi, jauhi sekali perkataan bahawa anda tidak boleh bermula.

#5. Saya Takut Untuk Lakukan

Ketakutan atau dipanggil phobia adalah emosi yang sangat bahaya jika ianya ada dalam diri anda. Phobia ni ada banyak jenis seperti phobia untuk berhadapan dengan orang ramai, phobia takut ditipu dalam urusan bisnes, phobia bankrupt.

Donald Trump pernah hadapi bankrupt dan muflis apabila pelaburannya rugi teruk. Jika dia ada perasaan takut, tidak mungkin dia boleh terus bangkit dan menjadi billionair yang terkenal.

Jadilah seorang yang berani untuk mencuba sesuatu. Tapi pastikan anda ada ilmu terlebih dahulu dalam apa jua yang anda buat. Jangan buat tindakan meululu dan membabi buta.

#6. Jika Saya Gagal Bagaimana?

Satu persoalan yang tidak wajar untuk anda tanya. Jika anda gagal bagaimana? Ini bermakna anda telah lakukan apa yang telah membuatkan anda gagal. Sekurang-kurangnya anda juga ada hasilnya iaitu “gagal” di mana gagal ini sebenarnya adalah titik permulaan untuk berjaya. Contohnya sudah banyak untuk saya tunjukkan disini.

Bagaimana pula jika anda tidak pernah buat? Hasilnya pun tiada dan sudah pasti anda berada di takuk lama. Berubahlah untuk berani gagal.

#7. Saya Memang Dilahirkan Untuk Gagal

Saya sendiri pernah hadapi situasi ini. Saya selalu fikir benda ni setiap kali saya gagal. Namun alhamdulillah bagi saya. Dulu saya tidak pernah menyangkan bahawa saya akan dapat hasil 4 angka sebulan hanya melaui blog.

Kini saya lebih yakin diri untuk berada setaraf dengan blogger-blogger lain. Apa yang saya buat setiap kali gagal adalah saya berfikir “Kenapa orang lain boleh sedangkan aku tidak boleh?”. Hanya inilah mindset yang saya tanam dulu-dulu.

bersambung…

777 total views, 1 views today