Sebagai pengguna wordpress, pernah tak anda terfikir kenapa ownernya boleh jadi kaya raya dengan wordpress sedangkan kita hanya menggunakannya secara percuma sahaja.

Di sini saya akan kupaskan sedikit info bagaimana syarikat wordpress buat duit.

Bagaimana WordPress Jana Pendapatan?

Bagaimana sebuah syarikat wordpress buat duit sehingga berbillion sedangkan mereka memberikan secara percuma kepada pengguna? Founder WordPress iaitu Matt Mullenweg berkongsikan bagaimana wordpress buat duit.
< h3>#1. Web Hosting

WordPress menawarkan server hosting kepada syarikat-syarikat besar seperti CNN, TechCrunch, FB.com, Time.com dan banyak lagi. Harga permulaan untuk server hosting ini adalah bermula dari $15,000.

#2.  Google Adsense

Blog percuma di hostkan oleh WordPress.com mungkin akan ada Google Adsense yang memberikan hasil kepada wordpress. Ini kerana berbilion-billion pageview setiap bulan yang dapat memberikan hasil yang sangat memuaskan kepada mereka.

#3. Theme WordPress

WordPress juga menawarkan tema premium sendiri di mana harga setiap tema adalah di antara $50 dan juga $100. Tema-tema ini disertakan dengan lesen GPL di mana ia sesuai untuk dibangunkan oleh pihak ketiga dan mereka akan mendapat komisyen setiap jualan yang terhasil.

#4. Akaun Premium

Setiap orang boleh menghasilkan blog secara percuma melalui wordpress.com. Disamping itu juga, wordpress menawarkan akaun premium jika anda mahu menambah storage, menukar nama domain dan feature yang lebih banyak lagi.

#5. Affiliate Web Host

Mereka juga rekomenkan kepada pengguna wordpress.org syarikat mana yang patut kita pilih sebagai host. Antara mereka rekomenkan kepada pengguna adalah hosting dari BlueHost.

#6. Sokongan WordPress

Jika anda memerlukan sokongan wordpress dengan pantas kurang dari 6 jam, anda boleh melanggan VIP support. Harga yang ditawarkan untuk support ini adalah diantara $2.5k sehingga $5k setahun. Anda jangan pelik kata tak ada orang melanggan servis ini. Biasanya syarikat-syarikat yang besar akan melanggan servis ini dari mereka.

#7. Woocommerce

Untuk pengetahun anda, Woocommerce juga adalah salah satu syarikat di bawah owner yang sama. Melalui woocommerce, mereka menjual plugin tambahan dan di sini mereka menambah pendapatan mereka.

#8. Servis Transfer WordPress

Jika anda berhajat untuk memindahkan wordpress anda dari WordPress.com ke WordPress.org tanpa ada sebarang masalah sedikit pun, anda boleh melanggan servis pemindahan ini dari mereka. Harga yang ditawarkan ada sebanyak $119/transfer.

#9. Vaultpress

Vaultpress adalah servis backup data wordpress anda pada setiap setiap hari. Jadi anda tidak perlu risau tentang masalah kehilangan data wordpress anda.

#10. Kismet

Kismet adalah sebuah plugin terbaik yang dihasilkan oleh wordpress sendiri untuk menghalang dan melindungi blog anda dari spam. Anda berhak untuk memilih lesen percuma atau lesen berbayar untuk melindungi blog anda.

#11. VideoPress

Videopress adalah sebuah plugin yang dicipta oleh wordpress yang membolehkan untuk anda jadikan web anda sebagai web yang penuh dengan video. Tidak terdapat limit atau bandwith untuk durasi video, tiada ads, dan ia support untuk HD. Harganya bermula dengan $60/setahun.

Kesimpulan

Jadi di sini kita telah tahu bagaimana wordpress ni boleh buat duit sehingga berbillion-billion walaupun mereka berikan percuma kepada pengguna wordpress.

113 total views, 2 views today