Menulis juga merupakan satu aktiviti senaman. Selain membantu otak kita sentiasa berfikir, ia juga dapat membantu menggerakkan otot-otot jari kita.

Bila menulis, semua orang ingin hasil penulisannya diterima oleh orang ramai. Sudah tentu ingin melihat hasil penulisannya dipuji dan dikagumi oleh orang ramai. Tapi berapa ramai yang mampu?

Apabila saya menulis blog setiap hari, saya dapat rasakan kemahiran penulisan saya semakin meningkat. Apa yang penting, saya sentiasa mengkaji hasil dan gaya penulisan saya. Untuk hari ini, saya terus mengkaji semula penulisan saya dan menambah baik apa yang saya anggap sebagai kelemahan.

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya dan memberikan tips mengenai bagaimana anda semua boleh meningkatkan kemahiran menulis anda . Saya berharap anda mendapat sesuatu yang berguna.

1. Jadi “Ulat Buku”

Untuk menjadi seorang penulis yang baik, rajin membaca buku adalah salah satu perkara yang wajib. Melalui buku yang anda baca, anda akan dapat menambah banyak ilmu dan pengetahuan. Jadi semasa anda menulis, info yang anda ingin sampaikan itu adalah info yang benar dan tepat untuk menjadikan penulisan anda betul-betul unik.

Dengan selalu menbaca, anda juga akan dapat belajar banyak perkara tentang gaya penulisan dan sebagainya. Untuk meningkatkan hasil penulisan anda, anda bukan saja perlu membaca bahan-bahan ilmiah tetapi juga bahan bacaan santai seperti novel dan komik.

2. Wujudkan Tabiat Menulis

Tentu anda pernah lihat di mana apabila seseorang itu mendapat pensel dan kertas, tangannya akan sentiasa bergerak-gerak melukis sesuatu. Mungkin itu hidup seorang seni. Apabila anda melihat hasil lukisannya, ia sungguh unik.

Begitulah juga jika ingin menjadi seorang penulis yang baik. Tangan ini perlu sentiasa bergerak-gerak menulis sesuatu. Ini adalah untuk mengasah minda supaya apabila kita benar-benar menulis fikiran dan idea akan cepat datang. Selain itu juga tabiat menulis ini dapat membantu kita dalam gaya penulisan.

Pepatah Inggeris ada berkata “Practice Makes Perfect”

3. Wujudkan Blog Sendiri

Untuk menjadikan anda lebih konsisten dalam penulisan blog, cadangan saya anda hendaklah mewujudkan satu blog untuk diri sendiri. Dengan adanya blog sendiri, anda akan lebih bersemangat untuk sentiasa menulis dan berkongsikan idea kepada pembaca-pembaca yang lain.

4. Semak Penulisan Sebelum “Publish”

Sebelum anda nak nak publishkan sesuatu artikel, terlebih dahulu hendaklah semak artikel anda supaya tiada kesalahan ayat atau kesalahan perkataan yang keterlaluan. Jika setiap artikel yang anda publishkan terdapat banyak kesalahan ayat dan perkataan, pembaca tentu akan memberikan persepsi bahawa anda adalah seorang yang selalu cuai.

5. Menilai Penulisan Anda

Menilai penulisan anda merupakan cara terbaik untuk melihat di mana anda boleh memperbaiki gaya penulisan anda. Sebaik-baiknya, anda boleh meminta tolong daripada kawan untuk mengkaji semula artikel anda dan suruh mereka memberi pendapat yang jujur ​​jika ada banyak kelemahan.

Jika anda menilai hasil diri sendiri, ia kurang membantu anda kerana kita tidak akan pernah nampak kesalahan dan kekurangan diri kita sendiri.

1,731 total views, 1 views today