Bila disebut burger, semua orang tahu dan kenal termasuk anak-anak umur bawah 5 tahun. Burger ni boleh juga dikatakan makanan kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Teringat lagi masa dulu masa mula-mula makan buger, rasanya sangat sedap dan ada sedikit kelainan daripada makanan yang lain.

Burger juga sudah dikenali di Malaysia dan juga boleh dikatakan sebagai makanan rutin. Tak ada nasi, burger pun jadilah kerana dalam sebiji burger sudah cukup keperluan yang anda perlukan dalam satu-satu masa untuk menambah tenaga.

Kenapa burger juga diketegorikan dalam makanan berkhasiat dan mengenyangkan? Ini kerana, dalam burger ada daging, roti, salad, sayur, keju dan sebagainya. Jadi ia adalah satu makanan yang cukup lengkap dan boleh menggantikan sepinggan nasi.

Jadi, ia adalah satu yang merugikan jika anda tidak ambil peluang ini untuk jadikan satu bisnes. Buat bisnes burger memang sangat menguntungkan kerana semua rakyat Malaysia boleh terima dengan kehadiran burger ni.

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Burger?

Cakap mudah suruh mulakan bisnes burger ni. Tapi bagaimana cara nak bermula? Apa yang perlu dilakukan?

Berikut merupakan asas bagaimana anda nak mulakan bisnes burger anda gaya jutawan.

1. Cari Ilmu

Ilmu adalah nombor satu sekali dalam apa jua yang anda inginkan. Tanpa ilmu anda sudah pasti tidak kemana. Anda mesti tahu margin keuntungan dalam sebiji burger. Anda mesti tahu di mana nak dapatkan barang mentah dengan harga murah. Anda mesti tahu bagaimana nak buat kira-kira dalam bisnes burger. Anda mesti tahu di mana lokasi strategik di mana nak mulakan bisnes burger dan sebagainya. Untuk lengkapkan ilmu bisnes burger anda, anda boleh lihat Panduan Bisnes Burger ni. – Klik Sini

2. Dapatkan Pembekal

Anda perlu rajin sedikit untuk mencari di mana nak dapatkan pembekal bahan mentah dengan harga yang murah. COntoh bahan mentah dalam bisnes burger adalah daging burger, sayur roti dan sebagainya. Caranya anda beli borong terus dari kilang. Ini anda perlu memainkan peranan yang penting supaya dalam sebiji burger anda mendapat lebih banyak untung.

3. Reseipi Yang Menarik

Anda perlu ingat bahawa yang buat bisnes burger bukan anda seorang. Tetapi berpuluh-puluh ribu lagi usahawan burger di luar sana yang menajadi persaingan sengit anda. Jadi, di sinilah anda perlu ada keunikkan sendiri dalam burger anda. Anda mesti ada resipi istimewa untuk menjadikan burger anda itu istimewa.

4. Lokasi Membuka Gerai Burger

Anda perlu memikirkan lokasi yang strategik dalam membuka gerai burger anda. Barulah burger anda yang “tidak sedap” itu tetap terjual dengan habis.

Lokasi Strategik untuk membuka gerai burger.

  • Pasar Malam
  • Depan Pasar Raya Besar
  • Sekitar Universiti
  • Stesen Bus/Teksi

Lokasi Tidak Strategik untuk membuka gerai burger

  • Kawasan perumahan
  • Depan sekolah

5. Persediaan Mental dan Fizikal

Bahagian ini pun sangat penting. Meniaga burger pun bukan mudah kerana ia memerlukan tenaga yang banyak dan terpaksa melayan kerenah orang ramai yang banyak permintaan atas satu burger. Bayangkan anda terpasa siapkan 20 burger dalam satu- satu masa yang berlainan permintaan. Ada yang tak nak sayur. Ada yang tak nak salad dan sebagainya. Inilah pentingnya persediaan mental dan fizikal.

Inilah 5 langkah bagaimana nak mulakan bisnes burger. Seperti langkah 1 tadi, apa yang penting adalah ilmu. Ilmu yang akan menjadikan bisnes burger anda berjaya atau tidak.

Untuk mendalami ilmu bisnes burger, anda boleh dapatkan Panduan Lengkap Bisnes Burger ini.

558 total views, 1 views today