Hidup ini tidak pernah kita tidak berhutang kan? Dari darjah satu lagi sampailah anda bekerja. Dari sen-sen kepada juta-juta. Dengan kata lain, hutang ni adalah sebahagian daripada hidup kita. Tetapi sampai bila kita nak berhutang dan membayar hutang setiap masa?

Orang kata buat bisnes boleh bebas hutang. Ada betul dan ada tak betul. Pada hakikatnya orang yang buat bisnes yang paling banyak berhutang. Berhutang pada awalnya mungkin. Jika bisnes semakin naik dan maju, syukur. Jika bisnes merudum, hutang semakin bertambah dan bertambah.

Di bawah ini adalah doa untuk orang yang dibelenggu hutang

Tips Mengurus Kewangan Lunaskan Hutang

Di bawah ni saya kongsikan sedikit tips walaupun idea yang tak seberapa ni. Walaubagaimanapun, ianya tetap ilmu untuk orang yang ingin membayar hutang dan dibelenggu hutang.

1. DOA – Amalkan doa kat atas tu. Berdoalah selalu, tak kira dalam apa juga keadaan, tapi pilihlah masa yang mustajab seperti lepas solat atau tengah berpuasa. Allah yang memberi rezeki, dan Dia juga yang boleh menyempitkan rezeki.

2. SEDEKAH – Banyakkan bersedekah. Sedekah tidak membuatkan kita miskin atau berasa kekurangan. Sedekah tidak semestinya dalam jumlah yang banyak, asalkan niat kita ikhlas. Sedekah pada orang miskin atau berilah duit setiap bulan kepada ibu bapa kita, konsisten sebagaimana kita konsisten bayar kereta/rumah. Bayangkan ibu bapa kita tidak pernah berkira pun masa membesarkan kita, hingga sanggup mendahulukan keperluan kita daripada keperluan mereka. Bersedekah kepada ibu bapa itu lebih afdal. Lagipun bersedekah ni seperti menanam sebiji jagung, nanti ia akan mengeluarkan hasil setongkol jagung yang ada banyak biji-biji dalam setongkol tu. Macam tu lah perumpamaannya.

3. ASINGKAN BUDGET – Dalam bab ini anda kena pandai asingkan budget. Contohnya (1) hutang, (2) perbelanjaan, (3) simpanan. Kalau tak dibuat macam ni, kita akan terlebih spend pada bahagian (2) kan? So, senaraikan apa juga hutang dan pastikannya ia dibayar dengan konsisten.

4. JANGAN BUAT HUTANG BARU – Kadang-kadang bila kita rasa kita dah tak banyak lagi hutang nak dibayar, rasa nak buat hutang baru, ya tak? Daripada kita buat hutang baru, lebih baik simpan lebihan duit tu untuk membeli barang-barang yang kita rasa tak mampu nak beli secara cash, kan? Tapi kena bersabar sedikit lah. Biar lambat asalkan bebas dari hutang, betul tak?

5. KONSISTEN & DISIPLIN – Kalau dah berdoa, buat bajet tapi tak konsisten dan disiplin, takkan menjadi. Kalau korang cari tips untuk bebas hutang, memang banyak di luar sana, bezanya ialah kita konsisten dan disiplin ke tak? Maybe cantik on paper, tapi buruk dari segi pelaksanaannya. So, berusahalah untuk istiqamah, in sha Allah, ia membantu.

Bagaimana Nak Lunaskan Hutang Yang Besar?

Percaya ke tidak jika saya kata kalau nak bebaskan hutang kita perlu berdekah secara ikhlas apa yang kita sayang. Maaf…Saya tak sempat nak buat kajian dan cari bahan bukti di mana kebenaran kesahihanya.

Tetapi saya yakin kerana saya pernah dengar dalam ceramah dan pernah terbaca di dalam buku. Nak bebaskan hutang kena sedekah.

Di sini saya nak tunjukkan kepada anda satu video bagaimana sedekah secara ikhlas dapat lunaskan hutang.

Walaupun ianya adalah sebuah drama, tetapi dalam dunia nyata memang ada berlaku. Ambil ikhtibar dan pengajaran dari video ini. Semoga anda semua bebas dalam hutang. Amin…

476 total views, 1 views today