Scammer adalah istilah penipuan bagi si pelaku yang menipu orang ramai dalam talian internet. Asal perkataannya adalah scam atau dalam bahasa mudahnya adalah penipu.

Scammer ini seringkali berlaku di facebook dan sudah ramai orang yang terkena perangkap. Tektik dan teknik yang mereka semua gunakan adalah semua sama di mana selepas mereka menipu mangsa, mereka akan block mangsa tersebut menyebabkan mangsa tidak dapat lagi melihat profile facebook scmammer ni tadi.

Tapi mereka semua ni kurang cerdik sebenarnya.

Artikel kali ini saya nak beritahu beberapa tips yang selalu saya gunakkan untuk elakkan scammer ni. Dengan menggunakan cara ni, selama dua tahun saya buat bisnes dalam talian, belum lagi dikena tipu. Antara yang saya buat sebelum berurusan bisnes dengan seseorang adalah seperti berikut.

Ini formula yang saya ciptakan sendiri dalam blog lama saya bagaimana nak elakkan scammer.

S: Search Google

Sebelum anda ingin membuat urusan dengan seseorang melalui internet atau join sesuatu program, anda mesti search and survey dahulu di google. Biasanya, jika sesuatu program itu menipu, mesti akan ada seseorang menceritakan di blog mereka. Jadi pastikan anda survey dahulu samaada seseorang itu atau sesuatu program itu menipu atau tidak.

C: Contact

Selain itu juga, anda cuba dapatkan nombor telefon yang menganjurkan sesuatu program atau nombor telefon seseorang yang anda ingin menggunakan servis beliau. Selepas itu cuba hubungi beliau dan bertanya secara baik. Scammer ni juga mungkin boleh jadi robot yang di program khas untuk menipu orang ramai. Jadi, cuba dapatkan nombor telefon mereka sebelum anda join atau menggunakan servis dari mereka.

A: Awareness

Walaupun anda dah survey dan dah dapatkan nombor telefon, anda masih lagi perlu berjaga-jaga kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, ada juga otai IM yang cuba menipu customer beliau hampir RM1k. Tak perlu saya sebut nama disini takut menjadi sesuatu yang tak di ingini pula. Jadi anda perlu betul-betul berjaga-jaga. Jika ada testimoni dari orang tersebut lagi bagus.

M: Moving

Selepas anda dah buat tiga perkara di atas, keep MOVING dengan niat anda tersebut. Redha jika ada apa-apa yang berlaku dan ikut gerak kata hati. Jika anda dah ikut tiga perkara di atas, sebenarnya anda dah bebas diri dari kena scam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Tips Tambahan

Jika anda berurusan di facebook atau fanpage, pastikan akaun mereka adalah pemilik yang betul. Untuk mengenali akaun facebook yang betul atau palsu, lihat dahulu gambar-gambar mereka di facebook. Kebiasaanya jika profile facebook mereka adalah betul, akan ada kawan-kawan mereka yang tag gambar dan berbalas komen. Kebanyakkan scammer tidak berani menggunakan gambar mereka yang sebenar. Jika semua ini tidak ada, berhati-hati.

Secara keseluruhannya, berhati-hatilah dalam buat urusan bisnes dengan orang yang tidak dikenali. Biasanya golongan yang mudah ditipu adalah wanita, pelajar sekolah dan golongan yang terdesak wang ringgit. Jadi kepada golongan ini sila berhati-hati.

1,268 total views, 1 views today