Alhamdulillah. Ini adalah cek clickbank untuk kali ke tiga dalam tempoh satu tahun. Ok. Rilek la. Lagipun saya bukanlah aktif sangat dengan clickbank ni. Sekadar main suka-suka. Dapat tak dapat tu belakang kira.

Bagaimana Nak Dapat Komisyen Dari Clickbank?

Ada beberapa kaedah nak dapat komisyen dari clickbank cara santai. Kalau anda newbie, anda boleh baca artikel ni kerana saya pun masih newbie dalam affiliate clickbank ni. Ok, ini adalah beberapa kaedah nak dapat komisyen dari clickbank.

1. Blog

Cara nak dapat komisyen dari clickbank atau mana-mana program affiliate yang lain, blog adalah senjata nombor satu bagi saya. Hanya perlu ada idea nak tulis artikel yang menarik dan hanya pandai bagaimana nak pelawat melawat ke dalam blog anda. Kalau anda tak tahu nak buat SEO, rajin-rajinkanlah untuk post atau promote blog anda di facebook dan media sosial yang lain.

Walaubagaimanapun, anda perlu juga belajar SEO serba sedikit jika anda ingin buat duit melalaui blog. Untuk newbie, anda boleh lihat panduan Buat Duit Blog di sini.

2. YouTube

Ini pun cara saya buat juga bagaimana nak hasilkan affiliate clickbank melalui YouTube. Untuk buat affiliate Clickbank melalaui Youtube ni saya tidaklah pakar sangat. Cuma apa yang saya buat adalah, upload sebanyak mungkin Video. Hipotesis saya, semakin banyak video, semakin tinggi peluang untuk jana income.

Untuk belajar cara-cara buat duit melalaui YouTube ni, anda boleh belajar pula di Panduan Pemasaran Video.

Kesimpulan

Ok, itu sahaja tips dari saya serba ringkas. Nak beria banyak pun nanti anda juga yang pening nak pilih cara terbaik. Jadi bagi saya, inilah dua kaedah yang terbaik jika anda ingin buat affiliate dari Clickbank dengan modal yang rendah.

Sekian dahulu tips dari saya. Sekian.

513 total views, 1 views today