Siapa yang tak kenal dengan Usahawan Muda tempatan, Hafizi Zain iaitu seorang mahasiswa yang boleh dikatakan berjaya dalam bisnes printing terutama bisnes printing t-shirt beliau. Untuk pengetahuan semua juga, beliau adalah sepupu saya sendiri.

Mengikut dari kisah beliau, beliau memulakan bisnes printing ini adalah dengan tanpa modal. Ya! Tanpa modal. Dengan kata lain beliau bermula dengan menjadi agen dropship dengan bisnes printing ini.

Semasa belajar dari Universiti lagi, beliau gigih berusaha mengusahakan bisnes t-shirt printingnya. Apa yang menarik bagi saya, beliau berkata hanya perlu cari orang saja samaada melalui internet atau diluar internet. Apabila ada orang berminat nak buat tempahan, beliau perlu beritahu kepada supplier saja bagaimana nak dicetak dan kuantiti berapa. Tak perlu nak fikirkan stok, nak simpan mesin, nak simpan barang dan sebagainya.

Bermula dari situlah, beliau mula mengumpul duit sikit demi sedikit dan sehinggalah berjaya ada kedai sendiri.

Apa yang saya cuba kongsikan cerita ringkas di atas adalah, jika seorang pelajar yang bergelar mahasiswa mampu untuk buat bisnes sambil belajar, kenapa tidak anda? Jadi bisnes printing ini adalah sesuai untuk semua golongan umur dan pekerjaan. Tambahan pula ia adalah permintaan yang banyak di pasaran.

Jika anda mahu tambah pendapatan, inilah bisnes peluang terbaik untuk anda.

Tapi Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Printing Tanpa Modal Ni?

Inilah masalah kebanyakkan bagi semua orang bukan? Nak mulakan bisnes mulalah fikirkan modal. Tak cukup modal terus bagi alasan tak boleh buat bisnes.

Rata-rata ramai yang berfikir:

  1. Modal tak cukup ni
  2. Nak cari supplier barang kat mana
  3. Nak buka kedai kat mana
  4. Kena buat lesen niaga pula
  5. Stok nak simpan kat mana
  6. Macam mana kalau tak laku?

Kalau anda banyak berikan alasan sebelum bermula, sampai bila-bila alasan tersebut tidak akan habis. Alasan akan sentiasa ada. Cuma kita yang perlu take action untuk membuktikannya.

Pada artikel kali ini, saya ingin menceritakan kepada anda bagaimana anda boleh mulakan bisnes printing ini tanpa modal seperti saudara Hafizi Zain.

Fakta Bisnes Printing

Bisnes printing ini adalah amat banyak permintaanya. Saya tidak cakap kosong kerana saya sendiri pernah terlibat dalam bisnes ini sampai sekarang. Tetapi untuk fokus pada bisnes lain iaitu iLancee.com, saya terpaksa perlahankan sedikit bisnes printing baju saya.

Kenapa saya kata ianya banyak permintaan?

Contohnya kalau di sesebuah universiti menginginkan 10,000 helai baju sukan untuk pelajar-pelajarnya, anda bayangkan berapa yang anda akan dapat jika keuntungan anda hanya RM1.50 sahaja.

RM1.50×10,000 helai = RM15,000

Itu contoh kalau di universiti. Macam mana pula kalau ada budak-budak sekolah nak buat sesuatu event, badan-badan persatuan, kelab-kelab bermotor dan lain-lain lagi? Tentu mereka inginkan baju yang sama untuk ahli mereka.

Banyak kalau saya nak ceritakan kepada anda di sini tentang permintaan bisnes printing baju ni.

Contoh lain peluang bisnes printing baju yang boleh anda buat duit adalah

  1. Baju family day
  2. Baju kelas
  3. Baju fakulti
  4. Baju korporat
  5. Baju pertandingan memancing
  6. Baju kelab dan persatuan

Dan banyak lagi untuk saya senaraikan. Itu baru baju. Bisnes printing ni tidak terhad kepada baju saja. Malah kad kahwin pun adalah bisnes printing juga.

Lain-lain bisnes printing adalah

  1. Cetak kad kahwin
  2. Cetak banner
  3. Cetak mug/gelas
  4. Cenderahati
  5. Kain tuala

Dan banyak lagi.

Sebenarnya, apa yang saya beritahu kepada anda ni, semuanya anda tak perlukan modal nak buat dan tak perlu nak simpan stok. Kerja anda cuma ambil pesanan dan beritahu kepada supplier anda.

Dah tak sabar nak tahu rahsianya? Teruskan membaca…

Rahsia Ada Di Sini

Kali ini saya nak pecahkan rahsia bisnes tanpa modal ni.

Ok. Bisnes ini memang tanpa modal 100%. Tetapi anda perlukan modal untuk tambah ilmu dalam bisnes printing ini untuk menjadikan bisnes ini adalah tanpa modal.

Apa yang saya sarankan kepada anda adalah, anda hanya perlu tambah ilmu mengenai bisnes printing tanpa modal ini dengan belajar dari sebuah DVD yang dihasilkan dengan kualiti tinggi dari syarikat KNZ Creative Solution.

Belajar Ilmu  Bisnes Printing Tanpa Modal >>> Klik Sini

Ilmu ini adalah dalam bentuk DVD. Jadi anda tidak perlu nak download jika internet lambat. Anda hanya tunggu DVD ini sampai di rumah anda dan belajar bagaimana nak buat bisnes ini tanpa modal seperti saudara Hafizi Zain.

Kelebihan Ilmu Bisnes Printing Dari KNZ Creative Solution

Apakah kelebihan ilmu bisnes printing yang bakal anda pelajari dari KNZ Creative Solution?

Saya tak nak cerita banyak. Anda lihat gambar di bawah. Inilah kelebihan ilmu yang bakal anda pelajari.

Belajar Ilmu Bisnes Printing Tanpa Modal >>> Klik Sini

Kandungan Dalam DVD Rahsia Bisnes Printing Tanpa  Modal

Tentu anda nak tahu bukan kandungan ilmu yang ada dalam DVD ini.

Ini kandungan UTAMA dia.

Inilah kandungan ilmu yang anda akan pelajari dari DVD Rahsia Printing Tanpa Modal ni. Dengan ilmu ini, anda tidak perlu lagi tercari-cari dan terkapai-kapai untuk mulakan bisnes printing ini.

Dan anda akan mendapat bonus gempak seperti di bawah ini.

Koleksi ini adalah koleksi yang sangat jarang ditawarkan kerana saya pernah beli design baju yang siap dipakejkan. Nilainya adalah lebih dari USD100. Jadi sangat rugi jika anda lepaskan bonus ini.

Ok…Tunggu. Anda akan dapat lagi bonus seperti di bawah ini.

Belajar Ilmu Bisnes Printing Tanpa Modal >>> Klik Sini

Kesimpulan

Di sebabkan saya pernah ada pengalaman dan sedang dalam menjalankan bisnes printing ini, apa yang boleh saya katakan adalah ianya adalah bisnes yang sangat sesuai untuk semua golongan. Samaada pelajar ataupun yang telah bekerja ianya tidak memberikan alasan yang kita tidak boleh buat.

Harap dengan artikel saya pada kali ini akan mengubah mindset anda bahawa nak mulakan bisnes tidak semestinya ada modal.

Rahsia Ada Di Sini >>> Klik Sini

529 total views, 2 views today