Kepada anda yang dah jana beribu-ribu ringgit melalui blog, saya harap anda berhenti baca sampai sini sahaja kerana ia tidak sesuai untuk anda. Saya bukanlah seorang otai dalam ilmu buat duit dengan blog tetapi ilmu yang saya ada hanya mampu untuk disampaikan kepada mereka yang masih newbie.

Jika anda masih newbie dan tercari-cari asas panduan buat duit dengan blog, anda boleh teruskan pembacaan.

Formula Buat Duit Dengan Blog

Terus terang saya katakan, buat duit dengan blog bukan mudah tetapi tidak mustahil jika anda ada ilmunya. Apakah asas-asas buat duit dengan blog?

Sebelum itu, saya nak beritahu kepada anda formula bagaimana buat duit dengan blog. Formulanya satu saja.

Buat Blog >>> Tarik Traffik

Itulah formula buat duit dengan blog. Cakap memang senang tapi nak tarik pembaca tu yang agak susah sikit tambah-tambah blog yang baru bermula. Tapi ia bukan alasan kerana semua blog yang dah jana ribuan ringgit pun mereka mula dengan “bermula” juga.

Oleh itu, anda perlukan kerajianan di sini.

Definisi Buat Duit Dengan Blog

Bagi saya ada definisi tersendiri buat duit dengan blog. Definisi bagi saya buat duit dengan blog adalah, apa-apa sahaja pertukaran nilai wang ringgit yang datang dari blog, ia dipanggil buat duit dengan blog.

komisyen

Contohnya, jika anda buat satu blog untuk cetakkan baju dan ada orang call anda nak buat baju sebab jumpa informasi melalui blog anda. Itu sudah dikira anda buat duit dengan blog. Bayangkan jika anda tidak ada blog pasal baju tersebut. Anda tak dapat hasil apa pun.

Contoh lagi, anda letak iklan di  blog anda jenis iklan PPC. Bila ada orang klik dan anda dapat hasil RM0.20 sen untuk setiap klik. Itupun dipanggil buat duit dengan blog.

Fahami Asas Buat Duit Dengan Blog

Untuk anda yang masih newbie, di sini saya senaraikan beberapa asas yang boleh anda buat duit dengan blog.

  1. Bina blog. Kalau tak tahu, belajar asas pun sudah cukup. Jika tidak aral melintang, saya akan siapkan sebuah panduan lengkap setting blog dari awal hingga akhir.
  2. Rajin update artikel setiap masa. Kalau boleh bina satu jadual khas supaya anda sentiasa konsisten nak update blog.
  3. Tarik trafik. Paling mudah, letakkan link artikel anda di facebook. Nanti ada orang baca la.
  4. Artikel mesti berkualiti. Berkualiti di sini bermaksud bukan copy paste daripada mana-mana artikel.
  5. Gaya bahasa mesti guna gaya bahasa sendiri bukan nak tiru gaya bahasa macam Encik Titan.
  6. Belajar SEO secara asasnya. Blog saya ni pun 74% SEO kalau disemak. Masih kena belajar lagi.
  7. Hadam kitab SEO Merah Jambu ni. Baca ulang dan ulang sehingga faham.

Dan asas yang seterusnya adalah ulang kembali asas 2-7 di atas ini sehingga berjaya.

Tak susah pun, tapi ia tak senang bagi sesetengah pihak. Mungkin juga bergantung pada masa yang ada.

komisyen 2

Kesimpulan

Di sini saya tak nak simpul yang panjang sangat. Nak buat duit dengan blog, kena rajin saja. Kalau malas, boleh guna outsource dan mungkin kena keluar modal banyak lagi.

Ok lah. Sebenarnya Panduan Buat Duit Dengan Blog dah keluar versi terbaru dan lebih memudahkan untuk membaca. Jika nak maklumat lanjut, boleh baca di sini – Klik Sini

2,650 total views, 1 views today