Kelebihan Pemasaran Dengan Blog | Baru-baru ini peniaga tegar di facebook telah dikecewakan oleh Mark Zukerberg apabila sesetengah daripada page jualan daripada mereka telah di unpublish oleh pihak facebook. Lepas tu mulalah banyak suara yang mengutuk dan mencaci Mark. Kesian dia. Yang buat kerja adalah pekerja dia. Bukan Mark walaupun mungkin arahan daripada Mark sendiri.

Di sini sebenarnya salah siapa? Salah anda atau salah Mark? Facebook adalah ibarat seperti rumah Mark Zukerberg sendiri dan bila-bila masa saja dia boleh halau anda keluar. Itu hak dia dan dia tidak sedikit pun salah. Yang salah sebenar adalah anda sendiri.

Di mana salah anda sebenarnya?

Salah anda adalah tidak membina database pelanggan dalam bisnes online dan menumpang rumah orang lain untuk buat jualan. Jika anda serius dalam bisnes online, anda perlu membina website atau blog anda sendiri supaya ia dapat backup bisnes anda jika berlaku apa-apa.

Apakah Kelebihan Buat Pemasaran Dengan Blog?

Di sini saya senaraikan beberapa perkara kenapa saya suka buat pemasaran dengan blog

  1. Boleh bina database pelanggan dengan mengumpul email list.
  2. Boleh bina kredibiliti sebagai seorang peniaga.
  3. Boleh bina hubungan dengan pelanggan.
  4. Sentiasa boleh buat follow up.
  5. Nampak lebih serius dalam bisnes online.
  6. Kadang-kadang kos zero, untung beribu-ribu.
  7. Penerangan melalui blog mudah untuk mendapatkan jualan.
  8. Website/Blog sendiri boleh buat apa-apa saja kita suka.

Dan banyak lagi manfaat sebenarnya.

Lihat salah satu survey yang saya buat kepada pelanggan saya. Dari mana mereka boleh tahu tentang bisnes saya? Jawabnya adalah Google. Google = Blog.

Inilah kenapa saya suka buat pemasaran dengan blog. Kebanyakkannya kita boleh mendapat keuntungan 100% bersih tanpa kos pengiklanan.

Jika anda ingin buat tempahan website, bolehlah layari www.smcreativestudio.com.

1,995 total views, 1 views today