Pernah tak anda teringin nak menjadi seorang blogger? Jika ya, saya mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi seorang blogger. Tapi, bukan blogger jenis copy paste, tetapi blogger original di mana idea dan cara penulisan adalah dari diri sendiri. Respek…

Pada hari ini, blog sudah menjadi satu trend untuk dijadikan pelbagai tujuan samaada untuk bisnes, penulisan diari dan lain-lain lagi. Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang anda  perolehi jika anda adalah seorang blogger. Mari kita lihat…

Apakah Kelebihan Menjadi Seorang Blogger?

1. Jana Pendapatan Sampingan

Tak dinafikan lagi di mana mereka yang mempunyai blog hampir 100% pernah mendapat hasil dari blog. Tak kira contest, nuffnang, adsense, affiliate dan sebagainya.

Padahal blog tersebut mungkin blog diari, blog tentang kehidupan dan sebagainya. Tetapi ia boleh dijadikan sebagai satu pendapatan sampingan.

2. Kerjaya Tetap

Siapa kata dengan berblogging ini adalah satu perkara yang sia-sia. Jangan main-main kerana sudah ramai mat salleh jadikan blog adalah satu profession atau kerjaya. Di Malaysia pun sudah ada.

Paling menarik, siap ada team dan syarikat sendiri untuk berblogging ni. Contohnya adalah Denaihati, TheVocket dan Oh! Media.

Kebanyakkan syarikat blog buat duit adalah dengan cara pengiklanan, affiliate dan juga advertorial.

3. Ramai Network

Secara tidak langsung, apabila anda aktif dalam blogging ni akan ramai yang mengenali anda. Ya, sudah ramai yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung.

Bila dapat ramai kawan online, kawan bloging, ada network, apa jua bisnes yang anda lakukan akan menjadi mudah. Hanya tulis sahaja apa bisnes yang anda buat secara online di dalam blog anda dan berikan mereka baca.

Dengan kaedah ini, anda dapat memperkenalkan bisnes anda dengan lebih mudah.

Begitulah kaedah saya memperkenalkan bisnes iLancee.com saya kepada orang ramai. Kini ahli berdaftar telah terkumpul sebanyak 3100++ ahli dalam masa 4 bulan.

4. Rezeki Yang Tak Disangka

Sudah ramai blogger yang dapat rezeki yang tak disangkakan. Hanya kerana ia menulis sesuatu, ramai pihak media ingin menemubual, buat interview dan sebagainya dengan blogger tersebut.

Bila dah jadi retis macam ni, mudah la jadi terkenal dan lebih mudah nak buat duit.

5. Sebarkan Ilmu dan Dapat Pahala

Siapa sangka blogger dalam senyap boleh berikan ilmu kepada pembaca. Secara tidak langsung, blogger tersebut juga akan mendapat pahala bila sebarkan sesuatu ilmu.

Jom pakat jadi blogger. Tak ruginya…

851 total views, 1 views today